Monday 5 November 2012

hati berbunga2.

sila muntah dengan tajuk entry yg jiwang. lol. jangan sakit hati bila puan dahlia berbunyi seperti org angau tak igt. haruslah u ols... puan dahlia kan pengantin baru. bak kata haters, mcm puan dahlia sorang ada laki. kekeke 

lama puan dahlia tak update blog? apa cerita? busy bebenor kah? busy sgt tu tak lah adik2 tapi busy berkepit bawah tiak suami ye lah... maklumlah, bila husband selalu ada kat umah skang, perangai manja menjadi2 lah mcm popcorn yg tgh letup2. haha

lepas makan bercinta. lepas mandi bercinta. lepas jemur baju bercinta. lepas masak bercinta. bercinta sampai terlupa update blog. :p bercinta lepas nikah ni memang best nak matiiii. ada that kind of feeling yg tak tahu puan dahlia nak describe mcm mana. so korang2 yg mana sakit hati sgt tu tlg lah jgn nak rasa menyampah dgn puan dahlia dengan cerita dia bercinta sakan nih ok. kalau x suka tak yah stalk. ;p

puan dahlia memang ada niat nak upload gambar masakn lagi and update resepi utk dikongsi bersama tapi sebab ke-busy-an bercinta puan dahlia terlupa nak snap2 pun gambar2 makanan. semua selamat masuk perut husband and perut puan dahlia tanpa ragu2. 

tapi semalam for tea time puan dahlia buat beef wrap utk husband. sambil menyiapkan hidangan di dapur, husband ckp nak pergi bank ada hal nak diuruskan. husband keluar dalam sejam mcm tu. siap puan dahlia hidang makanan,buat air semua husband balik. satu tangan pegang plastik bag satu tangan lagi letak kat belakang. puan dahlia dah agak ada surprise ni tapi x sangka pulak husband nak bagi bunga.... :')

orkid ungu. oh overload jap rasa hati ni bila husband peluk then bagi bunga. rasa nak pengsan. x habis terharu lagi husband hulur plastik pulak suh tengok apa isi plastik tu. puan dahlia tgk ada buah anggur. terharu lagi sebab sehari sebelum tu puan dahlia ada sebut nak makan grapes. x sangka pulak husband simpan dalam kepala. 

purple orchid & grapes. malam pulak keluar tengok movie. monday is our movie nyte here. alhamdulillah.... puan dahlia sangat bertuah dikurniakan seorang suami yang sempurna sifat dan sikapnya. :') 



tak payah nak resepi sgt la beef wrap tu. beli instans wrap jer. letak beef yang korang masak cara korang, letak salads and sauces. siap. hiasan2 tu utk sedap mata memandang jer. :p


puan dahlia rasa lepas ni harus beli vase utk letak bunga yg husband kasik. xda vase so bantai guna gelas. lol.


hati berbunga2. tidur sambil senyum agaknya. haha