Saturday 27 October 2012

Salam Aidil Adha dari perantauan

hye...selamat hari raya haji u ols... pending entry. raya haji semalam... baru nak update. hehehe. tahun ni pertama kali beraya haji di perantauan. seronok beraya haji bersama dgn suami dan kawan2 baru...

apa puan dahlia buat raya haji ni? meh nak cerita. pagi2 raya kami berdua bgn pukul 5.30 pagi (matahari dah terang bederang dah pun) dan mandi2 and bersiap menuju ke masjid berdekatan yg terletak di South Port kalau x silap. menunaikan solat sunat aidiladha bersama muslim2 yg berada di gold coast ni.

kami bukan berdua je... kami bersama dua lagi kawan hubby yang sorang benama Jas (lelaki) and sorang lagi namanya amalina (gugurl loh).... nasib baik ada teman... hehe nasib baiklah dapat kawan yg pandai berborak. kalau harapkan puan dahlia yang bukak mulut dulu, memang xla... puan dahlia ni pemalu tahi kucing... lol

puan dahlia lupa nak snap gambar suasana kat masjid. actually bukan lupa tapi segan nak keluarkan kamera. haha. so puan dahlia capture kenangan kat situ dalam minda je. ececececeh!

selepas solat raya, amalina ajak pergi rumah terbuka rumah Kak Wati, kenalan dia. ikutkan aje la... nak jugak makan makanan hari raya kan. hehehe. and bila sampai rumah kakak tu, i feel like home. ramai jugak rupanya malaysian... semua friendly. makanan sedap2. masa sampai tu dorang tgh merewang2 memasak di dapur. so kami pun ringan2kan la tangan tolong apa yang patut.. itu dah semestinya kan.

borak2 and borak2, makcik2 akak2 ni of coz la tnya, kat aussie ni study ke, watpa duk katna bla bla bla. and bila puan dahlia bgtahu puan dahlia ikut husband... baru tiga minggu kawen maka berita itu disambut dengan kegembiraan. haha over ayat org tua nih... dorang semua congrates la... siap panggil puan dahlia pengantin baru. lol

ni gambar2 kat umah kakak tu... seronok! x ingat plak yg sebenarnya baru kenal je dorang ni semua!




 *abaikan muka puan dahlia yang mcm orang tgh berpantang tu.


 * eh2... nak jugak menyelit dalam camera. haha

 *kawan baru... from left Kristine, puan dahlia, balqis and amalina.


 kali kedua baru perasan puan dahlia x pegang makanan sebab makanan dah habis, makan sikit la katakan control2 ayu... so action je pegang gelas tu. lol dan entah kenapa buat muka arnab...


 *tray yg kosong tu sebab makanan ada yg belum sampai... hehe

 lemang tu lawa betul. sebab puan dahlia yg potong2. kahkahkah


 inlah amalina. puan dahlia. husband puan dahlia. jas

 * pengantin baru katanya....



comel budak ni!!!

and lepas dua jam duduk makan berbual,,, kami pun balik... puan dahlia kena buat kuih pulak utk bawak buah tangan ke rumah kakak ipar malamnya pulak... makan2 hari raya lagi.

lepas hari dah gelap.kami ke rumah kakak ipar puan dahlia pulak. kakak ipar buat nasi beriani.



 husband takda dalam gambar ni kerana dia menjadi jurukameranya.. hehehe~~~
puan dahlia makan bertambah tau. husband senyum2 je tgk... bini dia makan byk! sedap kak rini masak. mahu x tambah. plus, masa makan pagi tadi makan sikit je kontrol2... kat depan kakak ipar tak yah kontrol la... makan je la... hehehe


 Zain. anak buah yg sangat comel ni...
 malam raya ni zain jadi friendly sesangat. loving sesangat. geram rasa nak kunyah2!! bila zain happy sangat main dengan puan dahlia, rasa mcm x sabar nak anak sendiri. lol. gatal

oh my god... bila balik, puan dahlia bisik kat husband. "Zain dah bg hint" lol. husband senyum gatal puan dahlia jeling double gatal. kekeke.

and satu lagi excitement penutup hari raya... bila puan dahlia dah dapat iphone 5! :') tq hubby...

tara!!!! hari ini penuh kegembiraan... alhamdulillah...



Thursday 25 October 2012

Apple Pie Puan Dahlia

Hye u ols..... ni puan dahlia nak share resepi apple pie yg puan dahlia janji2kan kat ramai kawan dlm fb. okeyh xyah lengah2 korang nak resepi kan bukan nak baca puan dahlia mengarut.. huhuhu

ni rupa apple pie puan dahlia.


ok, ada dua resepi utk buat apple pie ni. first, buat crust dia. then yg kedua the apple jem. 

Apple crust: 

bahan2: 

1) 1 cup plain flour 
2) 100g butter
3) air sejuk (ice water)
4) garam secukup rasa

mula2 korang campur garam dalam tepung then masukkan butter. (potong butter tu bentuk cube kecik2 lagi senang) then mix kan tepung n butter tu. guna tangan je sampai jadi crumble... then bila tepung dah jadi crumble and dah xda butter berketul, masukkan air sejuk sikit2. n jgn sampai lembik sgt doh tu. biar dia boleh pecah2 skit... and balut and bungkus doh tu rapat2 dalam wrapping plastic. letak dlm peti sejuk selama 30 minit.

sambil tunggu crust doh sejuk, korang boleh buat the apple pie filling. ni resepi puan dahlia sendiri tau. :p

bahan2nya.

1) 5-6 biji epal. (puan dahlia guna epal merah)
2) 2 cawan gula
3) 1/2 cawan tepung gandum
4) 1/2 sudu esen vanilla (utk bau harum) kalau xnak letak pun xper.

mula2 kupas kulit epal and potong epal kecik2... and rebus epal tersebut dalam boiling water... bila epal tu dah lembik (cucuk guna garfu utk tahu dah lembik ke belum) perlahankan api.

->>> smash epal yg lembik tu... kalau korang nak ada epal yg berketul2, xyah smash pun xpe... then masukkan gula and kacau lagi sampai sebati. 

masukan tepung and kacau sampai jadi likat... masukkan esen vanilla. masak jem tu sampai jadi pekat. 

bila dah puas hati dgn teksture jem korang, keluarkan dari periuk and sejukkan.

sambil tunggu sejuk korang boleh bakar dulu pie base. doh yg korang letak dalam peti sejuk tadi, keluarkan and leperkan guna kayu penggiling. <-- tak tahu nak cakap mcm mana. lol. faham2 lah... then letak doh yang dah leper tu atas loyang and rapatkan ke setiap sisi loyang. bakar dalam oven selama 45 minit dgn suhu 140 celcius. oh ya korang tgk2 lah jugak masa bakar tu jgn bg sampai hangus. biar nampak kaler dia cukup2 masak. 

then bila dah suka dgn teksture pie base korang, tunggu crust tu sejuk. masukkan apple jem filling tadi and tutup bahagian atas dgn crust yg sama. (korang kena buat dua bentuk doh la k). suka hati korang lah bahagian atas tu nak buat cris cros ke, nak tutup penuh ke, nak buat ziz zag ke. ikut kreativiti memasing lah.

then masukkan lagi sekali dalam oven and bake dgn suhu 120 celcium selama 45 minit. keluarkan dari oven and tunggu sejuk sikit, kalau korang potong masa2 panas, kemungkinan besar the filling akan meleleh. so tunggu sekejap baru potong. kalau nak makan panas2, masukkan dalam microwave then  boleh makan!


cadangan hidangan, makan dengan ais-krim vanilla. selamat mencuba dan menjamu selera.


Monday 22 October 2012

di waktu lapang

hye u ols... puan dahlia nak merepek lagi di sini... well... mesti ada yang ingat puan dahlia ni sejak jadi wife asyik memasak je kan. takda kerja lain ke selain masak-update status menu-karaoke youtube-makan-masak... ade..ade... puan dahlia ade je byk lagi benda lain nak dibuat. membusykan diri umpama xcukup masa utk buat semuanya...

oklah kalau puan dahlia dah bosan sangat nak duduk dapur je... maka puan dahlia turun bawah baca buku. yeayh, baca buku. membaca itu kan amalan mulia. hehehe. buat masa ni puan dahlia tengah nak menghabiskan satu buku novel yang bertajuk 'The Karma Club' by Jessica Brody. Oklah buku ni. cerita dia pasal karma. tiga gadis yang buat satu kelab bersatu utk cipta karma sendiri terhadap orang2 yang buat diorang suffer. so far enjoy la baca... tak tahu lagi ending macam mana. baru 40% habis. :p tunggu la puan dahlia habis baca kalau u ols nak tahu cerita penuh. nnt puan dahlia buat review buku ni. 


ha inilah kawan dahlia di kala petang2. kalau husband xda kat umah petang2 dalam kul 3pm-4pm mcm tu puan dahlia meluangkan masa dgn buku ni. sekali baca satu bab dalam 5-6pages mcm tu. selebih masa puan dahlia tidur la kat bawah tu. haha sebab best sgt angin dia walaupun kadang2 sejuk tak tahan or panas terik x tahan. nak tengok port favorite puan dahlia mengular? hehe




first puan dahlia akan duduk sini layan perasaan..tengok langit... tengok building... tengok orang mandi2 kat pool. lol. sebelah kiri tu pool xleh mandi. puan dahlia nak cuci mind, tengok belah sini, so mind rasa relax je tengok view... and then bila toleh kanan boleh tgk la awek2 mandi pakai bikini. x selalu..kadang2 je. lol.




 nilah view bila toleh kanan. haritu sejuk so xde orang turun mandi lagi... pool tu kosong la. kalau hari bertuah sikit dapatlah tgk cewek2 n cowok2 seksi bermandi manda. hee. and nampak tak dua bijik cengkerang besar dalam gambar ni? dalam tulah tempat menyorok puan dahlia. pernah sekali dua la tertidur dalam tu. haha. syok betul. bangun tgk dah nak dekat kul 5. husband dah nak dekat balik. cepat2 naik atas!



 ni rupa cengkerang tu...



 ni rupa makhluk dalam cengkerang tu. poyo2 je kan.. dah lah pakai self-timer utk capture gambar ni. lol.



view sebelum terlelap dalam cengkerang tu. sambil tengok dua anak beranak ni bergurau senda. 



and puan dahlia pejam mata kejap je... betul kejap.. x tipu. sepuluh minit jer mcm tu. rest betul... haih..alhamdulillah.. indah betul langit ciptaan Allah... nah, ni nak share few gambar yg puan dahlia capture sebelum naik ke rumah... inilah pemandangan yg cuci mata puan dahlia petang2... 





yg ni private pool. jarang la nak naik atas ni sebab selalu ada mamat2 yang x pakai baju berjemur kat sini, so segan la nak tengok kan. walau pun taknak tengok tapi mestilah terpandang. lol.


and sebelum puan dahlia menghabiskan entry ini, ini ada satu lagi gambar istimewa utk tatapan u ols semua. memang pemandangan paling indah!


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-






indah sgt la kakak oi. lol! jgn marah! byeee


Sunday 21 October 2012

blueberry muffin

selamat petang kamu semua. yeay! puan dahlia dah dpt charger so dah boleh snap2 gambar and poyo2 mengentry dgn gambar yang di snap2. :p

semalam puan dahlia baked blueberry muffin-husband's favorite muffin. muffin yg bukan blueberry dia x minat katanya. so dah dapat fresh blueberry maka wife yg busy di dapur ini buatlah blueberry muffin yg lazat la jugak... not bad for the first try. kekeke

actually konon2 puan dahlia nak buat baking video. tapi tripod pulak ditinggalkan di key el. semua benda nak tinggal. takkan semua benda nak kena beli baru. tokey balak pun bankrap mcm ni. lol. maka puan dahlia snap gamba before the muffin goes into the oven and after the oven!


ini dia! yg hitam2 timbul2 tu blueberry ye adik2. yg mana cup x nampak timbul2 tu saja puan dahlia buat kosong sebab nak rasa apa rasa kalau xda blueberrynyer...

ok, nak resepi tak? boleh... ammek pen n kertas salin ni:-

bahan2 yg diperlukan ialah:-

1) dua cawan tepung (puan dahlia guna plain flour sahaja)
2) satu sudu kecik baking powder (kalau korang gun atepung naik sendiri x payah baking powder pun boley)
3) satu cawan gula halus
4) 50 gram butter (dicairkan terlebih dahulu)
5) satu sudu kecik vanilla essence 
6) 2 biji telur
7) satu gelas susu segar (dlm 300ml)
8) fresh blueberry

ok utk sukatan, terpulang pada korang. kalau guna cawan, satu cawan gula, means dua cawan tepung tu guna cawan yg sama. faham x? hehe

mula2 korang tapis dulu tepung. and sebatikan tepung, baking powder and gula dalam satu mangkuk. 

dalam mangkuk yang lain, pecahkan dua biji telur.  pukul telur hingga kembang. pastu masukkan  butter yang dah cairkan terlebih dahulu tadi. masukkan essence vannila. kacau lagi and then masukkan susu. kacau perlahan then masukkan tepung yg tercampur dgn gula n baking powder tadi sikit2. 

korang boleh tengok kelikatan bancuhan tu bila masukkan tepung, jgn cair sgt, jgn keras sampai jadi doh pulak. bila korang dah kacau sampai puas hati baru masukkan bluberry. 

masukkan dalam acuan. bakar dalam suhu panas 150 darjah celcius selama 45 minit. semua oven x sama tau so korang tgk2 la muffin korang tu bila dah jadi golden colour and cucuk2 dlm dia tgk dah masak, so boleh la angkat, 

puan dahlia punya blueberry muffin inilah hasilnya!


taraa!!! inilah dia. husband suka benar lah makan ni. comel je katanya. lol.

siap pagi tadi before kuar umah mintak tapaukan sikit nak bawak makan kat golf course sambil tunggu2 katanya. hehehe,



ok, selamat dah masuk perut kami. kamu kamu boleh cuba pulak. oh ya kalau blueberry tu korang nak ganti dengan kismis, dried cherry, strawberry ke pun boleh... xde hal.... selamat mencuba!


Wednesday 17 October 2012

miss 'M', this is for u

hye. harini entry sedih sikit... tiba2 rasa pening kepala bila memikirkan hal ni. pasal seorang 'kawan' puan dahlia ni. kami berkawan dari sejak umur lima tahun lagi. dia comel. dari kecik puan dahlia envy dia. muka dia lagi comel, kulit dia lagi cerah, rambut dia lagi cute, baju2 dia lagi lawa. masa kat tadika, cikgu syg dia lebih lagi dr syg puan dahlia. yet, puan dahlia rasa x pernah busuk hati. she was still my bestfriend. cubit paha dia, paha puan dahlia yg sakit. mcm tu lah ibaratnya.

sumber gambar: google

masa sekolah rendah kami pergi sekolah lain2. dia pergi sekolah yang better sikit and puan dahlia pergi sekolah biasa2 je. tapi bila habis school time, petang2 kami akan lepak bersama. masa tu budak2, kite main tepi longkang, tepi parit. main masak2 la... mak2 la kawen2 la. huhuhu. tapi x silap puan dahlia parents dia strict sgt pasal education ni. so puan dahlia nakal lebih la dr dia masa kecik. dia selalu duk umah je pakai comel2 n baca buku puan dahlia plak comot2, tangkap berudu (anak katak) kat longkang depan umah.

then family puan dahlia pindah. x lama lepas tu family dia plak pindah. dlm masa pindah tu actually kita still contact each other lagi. sampailah puan dahlia n family pindah lagi and kali ni kebetulan pindah dekat tempat yg sama dia n famiy dia tinggal. so kitorang happy la. dapat pergi sekolah sama2. masa kat sekolah menengah ternyata dia lagi pandai and baik. pun, puan dahlia envy dia sebab result exam dia selalu way way better than mine. tapi puan dahlia x pernah busuk hati. she was still my bestfriend. x lama lepas tu puan dahlia n family pindah lagi.

few years berjauhan dah mula rasa renggang dah. friendship dah x berharga mcm dulu. masa pmr, mak dia ada contact tanya result puan dahlia mcm mana. of course result dia lebih bgs dari puan dahlia. mmg puan dahlia envy tapi x pernah busuk hati. puan dahlia tahu dia study hard n dia memang pandai so x peliklah dia dapat 7a and puan dahlia hanya dapat 2a. and after spm puan dahlia x pernah dgr apa2 dari dia. oklah masing2 dah besar kot so masing2 ada hidup masing2 yg x perlu dikongsi dgn kawan childhood.

sumber gambar: google

masa masing2 kat universiti ada sekali dua mak puan dahlia bawak puan dahlia visit dia dgn family dia. oh ye my mum n her mum pun dah lama berkawan. awkward bila berjumpa. rasa fake bila berborak. x pandang mata masing2. mungkin jugak puan dahlia segan dgn dia. first, sebab masa tu puan dahlia tgk dia dah pakai tudung labuh, pakai baju labuh2, berbeza sgt dgn puan dahlia yg time tu free hair, pakai jeans dgn baby-t. so mungkin dia pun x hingin berkawan dgn org yg x tutup aurat mcm puan dahlia ni. tu lah yg ada dlm fikiran.

kat facebook kitorang 'friend' tapi x penah ada apa2 conversation. x pernah like gambar or status masing. mungkin sebab ada gab di situ. puan dahlia punya facebook status ganas2 dia plak update status setahun sekali itupun nasihat2 yg sgt sopan. so xkan lah nak masuk campur dunia neraka puan dahlia kan. opss ter-sarkastik plak. maaf teremosi dah. ok fine x apa puan dahlia sedar diri. mungkin puan dahlia x sebijak dia, x sesopan dia, x sebaik dia. tapi puan dahlia still kata dia 'bestfriend' puan dahlia.

rindu memang ada rindu. nak tegur tapi ada ego. and sampailah puan dahlia nak kawen haritu. sebab puan dahlia busy kerja mak puan dahlia yang tolong invite tetamu. termasuk hal jemput mulut dan bagi kad jemputan. so mak puan dahlia pergi rumah dia and bagi kad kat mak dia. dia? entah xde kata apa pun. xde pulak mak kata 'n*** kirim salam' or 'n*** ckp tahniah'. ok fine. xpelah kalau x happy pun puan dahlia nak kawen. dah ada kecik hati dah time tu tapi sebab puan dahlia xada kat situ so x patutlah kecik hati kan.


sumber gambar: google 

hari kawen puan dahlia. tunggu dia dtg. dia x dtg. tapi dlm ramai2 tetamu puan dahlia nampak mak dia. mak dia senyum. puan dahlia x sempat nak berborak. sempat lambai2 je sebab time tu tgh berarak nak sambut pengantin lelaki. puan dahlia eksited nampak mak dia puan dahlia tanya adik puan dahlia 'n***' dtg? adik jawab "xde. mak dia dgn adik dia je dtg". wah sentap hati puan dahlia. ok...xpe. maybe dia kat universiti x cuti. or maybe dia ada hal lain yg lagi penting. ok xpe.

dari sejak kawen sampai hari ni puan dahlia tunggu hello2 dari dia. tapi haram xde. dah beribu2 notification kat fb. like gamba, like status, comment2, tapi satu haram pun xde apa2 dari dia. puan dahlia terkilan sgt. sampai terdetik hati tertanya, dia ni hidup lagi ke x? ke x tahu langsung puan dahlia dah kawen? mak dia x bgtahu? or dia dah x online fb? xkan mak dia x bagitahu? xkan dia xde hati langsung nak 'kirim salam' pun?

google

sumpah terkilan. miss 'M', u use to be my bestfriend. bff kononnya. tapi hati kite dah terkilan sgt. sebab bukan benda kecik. kalau awak yg kawen, kalau saya x dpt dtg sekalipun saya akan kol atau at least hantar msg kat facebook ucap 'tahniah' kat awak. tapi until today not even a single word i heard from u. rasanya harini tuhan dah tunjuk. siapa awak dalam hidup saya. nobody. but just somebody that i use to know.

mak pesan..jgn pikir negative. and dia bukan kawan, just 'kenalan'. tapi childhood memory yg puan dahlia ada dgn dia, buat puan dahlia rindu dia. she was somebody special. now not anymore. hati saya dah xde utk awak miss 'M'. u don't deserve my attention.

sekian.


gambar dari google jugak.


Sunday 14 October 2012

selamat pagi cinta!

apalah cliche tajuk entry. dah 4 juta ratus entry ada tajuk mcm gini agaknya. disebabkan saya menaip entry ini diwaktu pagi maka saya nak jerit kuat2 SELAMAT PAGI CINTA! semorang nak kena cakap selamat pagi cinta. kenapa x selamat pagi sayang ke, selamat pagi dunia ke, selamat pagi malaysia ke, selamat pagi gold coast ke. kenapa cinta? entah. ni semua pengaruh tajuk filem... sudah2 stop merepek. asal intro je merepek dulu asal intro je merepek dulu. 

tgk kat lappy clock skang ni kat key el baru pukul 4.11am. makna kata kat gold coast skang ni pukul 6am. waaa bunyi macam pagi sgt je puan dahlia dah bgn... isnin la katakan. hehehe mcm biasa la bila isnin, husband keluar umah awal. pukul 5.45am dah keluar umah. pukul 5am wifenya bgn buat breakfast. breakfast harini- lempeng! hehe sebabkan semalam masak kari daging and pagi ni ada lagi kari daging tu so kita buatkan lempeng. yummeh. eh sendiri masak sendiri kata yummeh. perasan. lol

oh ya maaf ye entry kali ni x dpt nak selitkan bersama gambar2 sarapan pagi atau seangkatan dengannya. sebab kamera dah mati... innalillah... nak disambung nyawanya, charger xde. mcm mana boleh xde? ok ni memang mengjengkelkan. ade ke patut lagi 3 jam nak fly to gold coast, puan dahlia pergi charge extra battery kat tepi katil. lepas tu lupa nak ambik. sudahnya battery extra dengan chargernye tertinggal di malaysia. bijak kan?

nak suruh adik iparkan poskan tapi abah mertua kata beli baru je la... husband plak busy and xsempat nak belikan charger lagi. padan muka puan dahlia, siapa suruh charge last minit. padan muka padan muka... eh eh dah ter emo pla. haha ok ni iklan je. jgn terbawak2 sgt la.

malam tadi pergi gym. dapatlah berlari 2km dalam masa 20 minit. -_-" itupun rasa macam nak pengsan. hahaha sebab apa tau semangat jugak nak lari walaupun penat nak mati... sebab puan dahlia da gemuk. semalam before decide nak pergi gym tu, me n husband keluar jalan2 n quick shopping. kat bawah rumah je. shopping skit2. husband layankan je la wife dia ni nak baju n seluar. bila fitting seluar, confident amek saiz 8. damn, x muat! then mintak saiz 10. pun ketat. boleh la pakai tapi ketat. 

maka terlihat di situ si isteri da kembang, nak kembangkan husband. dia pun ikut kembang sama. -_-" misi separuh gagal.

now dah pukul 6.30 am. mengantuk plak tetiba. boleh sambung tidur balik tapi gagahkan jugak berblogging. hahaha apa la nak jadi. ok before puan dahlia pergi membongkang sambung tidur, puan dahlia share sikit gambar. xde kena mengena dengan entry pun. gamba kawen lagi! haha jgn marah...