Monday 29 December 2014

Alhamdulillah...My baby is here

Assalamualaikum uols. ^_^ pagi ni rasa rajin nak update blog. baby pun dah berusia 11 hari harini. baru tergerak jari nak menaip entry ni. :p Maklumlah busy jadi mak. nak kencing pun x sempat skang. kihkih 

Haah...dah seminggu lebih dah selamat bersalin. sekarang ni tengah berpantang di rumah sendiri. Mak ku sayang tidur sini untuk jaga anak dan cucunya. Alhamdulillah nasib baik ada mak tolong kami suami isteri uruskan hal baby dan makan puan dahlia masa dalam berpantang ni. Maklumlah orang baru... so memang tak cukup tangan sangatlah.

So far hal berpantang masih Puan Dahlia ikut dan jaga. hehe walaupun adalah gasak sikit-sikit buat kerja rumah sikit sebab rasa macam larat je.. so apa salahnya tolong hubby sikit buat kerja umah. ;p pastu kena marah sebab tak reti duduk diam.


Time baby tidur awak sepatutnya tidur same tapi mana bleh tidur. mesti nak kena tenung muka anak dulu barang sejam dua.  tu bila baby bangun nak menyusu awak ngantuk tersengguk2. hahaha. typical new mum kot rasanya mcm tu? obses.... budak kecik yang duk geliat2 dalam perut kita almost sepuluh bulan tetiba now dah ada depan mata. boleh pegang boleh peluk.,... mau x obses tahap tak tahu nak cakap apa. heh. 

sebelum bersalin haritu puan dahlia duk gila membaca blog2 yang ada entry pengalaman bersalin. nak cedok ilmu dan persediaan katanya, dan puan dahlia pun terasa macam nak buat entry pengalaman bersalin jugak. yelah untuk baby jugak bila dah besar... so nanti kot panjang umur baby leh baca balik coretan buruk mummy ni bercerita perihal dia. :p

ok yang tu nanti2 lah kot tahun depan (esok lah kot tahun depan) ok anyway mungkin ini entry terakhir untuk tahun 2014. sekerat2 aje entry this year walaupun banyak sebenarnya cerita yang terjadi, tapi hanya sekerat2 aje la mampu dikongsi. tak apalah yang lain Puan Dahlia simpan dalam ingatan sendiri lah ye. :)

di kesempatan ini untuk siapa2 yang singgah membaca, Puan Dahlia ucapkan selamat tahun baru. kita jumpa lagi tahun depan dengan cerita2 pasal baby la pulak kan. :p Assalamualikum uols.



Thursday 30 October 2014

al kisah gula.

Assalamualaikum. menaip entry ni sambil duk ngadap drama 7 suami. ntah apa2 la mana satu nak fokus. ilang jap idea nak taip apa. heh. 

ok nak share pengalaman la lagi. pengalaman as a pregnant mother. eh mcm kau sorang je la mengandung ye. haha jangan ler sakit hati kakak2.. i nak share experience i as a diabetic mummy… manalah tau ada jugak geng2 new mummy yang leh amek cerita ni as pengajaran. ken. konon la.

banyak dah dengar orang kata. alaaa biasa la tu mengandung… normal la tu gula naik skit itu naik itu turun bla bla bla. tapi x semestinya semua perkara kita kena anggap remeh kan. nak2 lagi kalau kita sendiri yang alami. lain orang lain pengalamannya. lain orang lain badannya. betul ke tak betul?

some people are lucky enough to eat whatever they want and still maintain… tapi maybe puan dahlia ni not one of them rupanya. hahah perasan cukup bagus ingatkan boleh bantai makan apa saja. awal2 mengandung orang duk tegur ala kurusnya ala keciknya bla bla bla. masuk third trimester naik dengan jayanya yeayh! 

ramai kata itu normal. to gain weight, actually… bila dah terlebih2 sangat gain weight x normal juga. x semestinya apa yang menyeronokkan kita ni adalah yang baik untuk baby dalam kandungan kan? i eat like no body business when i reached 3rd trimester. makan makan makan. xda lain. husband pulak katanya sayang bini kan… bagi je la apa bini nak makan. heh.

kantoi bila berat terlebih2 naik daripada yang sepatutnya, doctor nak check sugar level. hahaha. alamak. dah dapat rasa dah ni mesti sangkut ni. ingatkan sikit aje sangkut. hamek kau 10.2. -_-" ok i thought i did good. tengok orang lain makan manis2 diorang cerita glucose test dorang pass je. sekali i kantoi. kena diet. doctor ugut taknak deliver kan baby kalau ada complication. heh.

jadinya kena diet la seminggu sebelum next glucose test. gigih tau mak diet. kalau dulu single mingle boleh la diet suka2 hati x makan ke makan apa ke tapi sebab memikirkan yang nak dijaga ni adalah satu nyawa lagi dalam body i ni… i jadi budak baikla. hehe

seminggu kemudiannya berat badan turun 1kg. ok kagum diri sendiri. konon displin la. hehe and this time doctor ambil darah 4 kali. pagi, tengah hari, petang and malam. hope la result darah ok la… pastu tak payah repeat2 nak ambik darah lagi ke. huhu mummy janji mummy jaga makan lepas ni ok baby. :p

nak kata displin sangat tu takdala. kang jatuh tergolek pulak kalau tak dapat makan apa yang nak makan. curi2 jugak makan cookies seketul, kek sesuap dua. huhuhu sorry baby. didn't mean to harm anyone. mummy nak lap air liur je tu.

last few months masa pergi empowering pregnancy workshop, masa kursus about pregnancy healthy eating,. they said u 're actually never need to eat for two. orang pandai2 cakap bila mengandung kita makan untuk dua orang. heh. mana ada. actually kita bukan makan double portion tapi double the nutrition. eat lot of healthy food. not a lot of food.haha yang kita ni bukan eating for two dah, eating for 8. :p

okla sebenarnya kalau tak mengandung pun kena juga jaga pemakanan ni. kan.

kurangkan gula dalam makanan tambahkan manis dalam senyuman bak katalah. hehe. 


Tuesday 26 August 2014

lima bulan kemudian.

Hi to whoever yang tersinggah nak baca blog sunyi ni. :) its been a while sejak ada cerita baru kan? heh. a while? lol. nak terberanak dah pun tuan punya blog nih. hehe

ni datang angin apa tiba2 nak update blog? heh. malam ni x dapat tidur… pusing kanan pusing kiri semua serba x kena la. guling guling terlelap la dalam setengah jam. bila terjaga ingatkan dah pagi rupanya baru pukul 2am. -_- pergi dapur bukak tutup fridge for few minutes, menung. makan junk food. pastu terduduk depan laptop. maka bukak laptop rasa macam rajin nak berblog. ok so here we go.

Puan Dahlia ni x adalah semisteri mana. ada je duk mengepoh kat page facebook sana. so tipulah kalau kata saja je nak jauhkan diri. heheh. blog ni mcm ala2 balik kampung je la dibuatnya skang. :p so nak kata ini cerita baru xda la baru sangat sebab sekarang baby dalam perut ni pun dah berusia 5bulan++. Alhamdulillah. berisi dah ye?  

"dah rupa mak buyung sungguh la you ni" kata husband memuji bila sekarang berjalan pun dah terhegeh2 dek kerana terpaksa berjalan dengan kaki yang dah kembang -_- haha bila perut dah makin besar ni kadang2 puan dahlia anxious pasal rupa specially bila nak keluar umah. ada je x kena. maklumlah nak pakai baju semua dah x muat so pakailah baju maternity. lepas tu tengok cermin nampak segala2nya dah kembang. nak pakai kasut xyah cakaplah.. terpaksa beli selipar untuk kaki mak2. ehem. 

anxiety makin menjadi2 bila lalu tepi cermin nampak mcm diri ni pendek. bulat dan pendek... nak nangis. tapi bila pegang perut and sedar yang besar dalam tu adalah seorang cahaya mata yang Allah nak bagi pinjam, terus rasa seronok! gemuk pun gemuklah. janji anak aku sihat! :') memang malu takut ada orang x reti beza gemuk lady dengan pregnant lady… tapi.. apa nak kisah. kan kan kan 

Boleh tak nak pakai tshirt mcm ni jadi orang takkan tertanya2 dia ni gemuk ke pregnant? lol

(gambar dr encik google.)
baru kat atas tu mengaku makan junk food waktu2 patut tidur mcm ni. pastu nak nangis cakap gemuk. rasa nak lempang diri sendiri. -_- ok ni bukan kembang junk food. ni magic. kang kalau upload gambar kaki sebab nak tunjuk maksud yang puan dahlia cerita beriya tu... mcm x senonoh pulak. so faham2 la bila puan dahlia kata puan dahlia memang dah kembang here and there! lol. whatever it is, kegemukkan ini adalah kegemukkan bahagia. ok. bye. :)

Thursday 27 March 2014

Bawa resmi padi.

Ikut resmi lalang, makin tumbuh makin menjulang,
Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk ke bumi.

Puan Dahlia pernah tengok depan mata jenis orang yang bawa resmi lalang ni. makin dia kaya makin dia rasa dia boleh buat semua, makin dia tinggi, makin dia rasa dia boleh pandang orang lain sebelah mata. cepat betul manusia ni lupa dari mana dia datang ye?

Alhamdulillah… Puan Dahlia dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan dah diterap dalam otak dari kecik yang tak kaya pun tak kisah, biar rumah tak besar, biar kereta tak  mewah, biar pakaian tak berjenama. Janji hati bersih, tak pernah busuk hati, tak pernah pandang manusia lain tu kecik. Jangan senang2 pandang orang sebelah mata. Walaupun hanya seorang pengemis dia jugak manusia. dia jugak macam kita. 

Allah bagi pinjam tangan, 
Allah bagi pinjam kaki, 
Allah bagi pinjam mata, 
Allah bagi pinjam nyawa, 
Allah bagi pinjam semua! 
Beza cuma Allah pinjamkan kita rezeki lebih dari dia. 
At the end of the day semua yang kita ada semua Allah yang bagi pinjam.

Semoga Puan Dahlia takkan pernah lupa diri dari mana datang semua kesenangan ini. takut juga makin tinggi kita duduk makin lupa dekat tanah. Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Dia bagi pinjam. Dia bagi pinjam lebih, lebih dari apa yang puan dahlia minta. Mungkin Dia bagi pinjam banyak2 ni sebab Dia nak uji hati, bersyukur tak puan dahlia, lupa diri ke tak, sedar diri ke tak. and semoga pinjaman ni x membutakan mata hati. May I always remember that in this life, I have nothing but my Allah.

google image

Tuesday 18 March 2014

Visit Perth 2013

Tahun lepas, Abah emak and adik bongsu Puan Dahlia, Mahathir datang visit Puan Dahlia kat sini. Lepas sepuluh hari dorang kat sini, lepas dorang balik Malaysia Puan Dahlia jatuh sakit. sakit rindu dekat Mahathir. Rindu bukan sikit2. sampai tersedu2 nangis. haha.

Sepuluh hari tu lama pada abah sebab lama sangat cuti tinggal kan kerja. hehe tapi pada kita sekejap sangat 10 hari tu. :( alah macam la x balik Malaysia dah lepas tu kan. haha ngada2 sangat.
Nak cerita bergambar satu2 tapi tadi Puan Dahlia try upload gambar, gilaaa la lembab dia. memang boleh naik gila.

so lepas baca entry ni laju2 korang layan la gambar2 gedik kami. :p kalau nak tanya pengalaman visit perth kena tanya Mahathir la. sebab rasanya dia yang paling seronok sebab dapat spend time dengan kakak kesayangan. betul tak Madey? hihihi

Bila mak abah dtg rumah kita, mesti la seronok nak layan perut mak abah. Puan Dahlia nak masak macam2 la kononnya nak tunjuk kat abah skill memasak anak dia dah makin hebat sejak2 dah kawin ni. haha. Abah kita pulak jenis tak makan banyak. so empat kali sehari makan pada beliau tu adalah sangat banyak. sedangkan pada Puan Dahlia dan suami, empat kali tu kira minima. lol

Pagi sarapan. sementara nak tunggu makan tengahari makan dulu kudap2. lepas makan tengah hari, petang sikit ada minum petangnya. malam kang makan malam pulak. haha sebelum tidur kalau rajin kunyah la apa2 yang boleh dikunyah. mana la tak gemuk kan lepas tu complaint. siapa suruh rajin masak. ngeh ngeh.

apalah cerita pasal makan pulak. sebenanrnya tujuan tadi nak cerita pasal Madey visit perth kan? -_-" oklah kita share gambar2 yang larat di share aje la. nak share semua yang beratus2 keping tu termuntah lak korang. nak upload yg sikit ni pun puan dahlia nak termuntah dah. hehe



Uols jgn x tahu mahathir ni boleh bercakap bahasa burung. haha



Sebenarnya budak kecik ni penakut. lol
haa tapi anak kambing biri2 ni dia berani nak pegang sebab dia kata comel sgt!


sikit2 je berani la. heee



dia paling seronok dapat main pantai sampai nangis bila ajak balik!

sebab dah janji nak bawak mandi pantai lagi, kena la tunaikan.


AQWA WA




Fremantle Beach












Penguin Island









Shopping day! yeaayyy mak siap bawak luggage k nak isi barang shopping. haha kidding!

Kings Park











Dia dah nak balik tinggal kakwe :'o
Sebelum fly balik sempat dia pesan "Kakwe jangan sedih2 tau"
huwaaa lagi la tambah rindu ckp mcm tu!

Lepas mahathir balik tinggal lah kakaknya berdua dengan sang suami yang setia menemani. hehehe.

tahun ni kita nak mak abah datang lagi k. kalau tak tahun ni tahun depan insyaAllah. kali ni kita dah duduk rumah sendiri, so nak ajak buat bbq kenduri2 pulak. haha. maybe lagi lama ok datang duduk teman kakwe kat sini. :p