Monday 3 December 2012

Eh dah hujung tahun?

dung dang dung dang dah bulan 12 lah. cepat betul masa berlalu kan. alhamdulillah usia masih panjang dan masih diberi peluang untuk hidup atas muka bumi ni. :')

bulan 11 pun sempat suap satu entry jer kat blog berhabuk ni. kesian.. busy bebenor kah? hehehe jangan marah u ols... puan dahlia memang sibuk sikit... sibuk jaga husband. kekekeke

actually dua minggu lalu puan dahlia sebenarnya balik Malaysia. balik dua minggu. itupun seminggu duduk kat johor ikut husband ada tournament. so byk benda x sempat buat! balik sini dalam rasa x puas jer. 

byk sgt cerita sampai dah lupa apa nak di blog kan. kahkah. maap ler. maybe lepas ni bila start duduk sorang2 balik kat umah, puan dahlia rajin balik ber blogging. eh. no promises... :p 

oklah entry blur2 nih puan dahlia share gambar2 la ye. masa pergi johor first week balik Malaysia haritu, before husband start tournament, husband bawak puan dahlia pergi bersuka ria kat Universal Studio Singapore. 

gambar2 ni mmg muka puan dahlia sorang je la sebab da namapun pergi dengan husband jer so husabnd amek gambar puan dahlia je la. puan dahlia tak ambik gambar husband pun sebab husband tak gedik nak bergambar mcm puan dahlia gedik nak bergambar. haha




 Alhamdulillah... i had fun!!!




Monday 5 November 2012

hati berbunga2.

sila muntah dengan tajuk entry yg jiwang. lol. jangan sakit hati bila puan dahlia berbunyi seperti org angau tak igt. haruslah u ols... puan dahlia kan pengantin baru. bak kata haters, mcm puan dahlia sorang ada laki. kekeke 

lama puan dahlia tak update blog? apa cerita? busy bebenor kah? busy sgt tu tak lah adik2 tapi busy berkepit bawah tiak suami ye lah... maklumlah, bila husband selalu ada kat umah skang, perangai manja menjadi2 lah mcm popcorn yg tgh letup2. haha

lepas makan bercinta. lepas mandi bercinta. lepas jemur baju bercinta. lepas masak bercinta. bercinta sampai terlupa update blog. :p bercinta lepas nikah ni memang best nak matiiii. ada that kind of feeling yg tak tahu puan dahlia nak describe mcm mana. so korang2 yg mana sakit hati sgt tu tlg lah jgn nak rasa menyampah dgn puan dahlia dengan cerita dia bercinta sakan nih ok. kalau x suka tak yah stalk. ;p

puan dahlia memang ada niat nak upload gambar masakn lagi and update resepi utk dikongsi bersama tapi sebab ke-busy-an bercinta puan dahlia terlupa nak snap2 pun gambar2 makanan. semua selamat masuk perut husband and perut puan dahlia tanpa ragu2. 

tapi semalam for tea time puan dahlia buat beef wrap utk husband. sambil menyiapkan hidangan di dapur, husband ckp nak pergi bank ada hal nak diuruskan. husband keluar dalam sejam mcm tu. siap puan dahlia hidang makanan,buat air semua husband balik. satu tangan pegang plastik bag satu tangan lagi letak kat belakang. puan dahlia dah agak ada surprise ni tapi x sangka pulak husband nak bagi bunga.... :')

orkid ungu. oh overload jap rasa hati ni bila husband peluk then bagi bunga. rasa nak pengsan. x habis terharu lagi husband hulur plastik pulak suh tengok apa isi plastik tu. puan dahlia tgk ada buah anggur. terharu lagi sebab sehari sebelum tu puan dahlia ada sebut nak makan grapes. x sangka pulak husband simpan dalam kepala. 

purple orchid & grapes. malam pulak keluar tengok movie. monday is our movie nyte here. alhamdulillah.... puan dahlia sangat bertuah dikurniakan seorang suami yang sempurna sifat dan sikapnya. :') 



tak payah nak resepi sgt la beef wrap tu. beli instans wrap jer. letak beef yang korang masak cara korang, letak salads and sauces. siap. hiasan2 tu utk sedap mata memandang jer. :p


puan dahlia rasa lepas ni harus beli vase utk letak bunga yg husband kasik. xda vase so bantai guna gelas. lol.


hati berbunga2. tidur sambil senyum agaknya. haha

Saturday 27 October 2012

Salam Aidil Adha dari perantauan

hye...selamat hari raya haji u ols... pending entry. raya haji semalam... baru nak update. hehehe. tahun ni pertama kali beraya haji di perantauan. seronok beraya haji bersama dgn suami dan kawan2 baru...

apa puan dahlia buat raya haji ni? meh nak cerita. pagi2 raya kami berdua bgn pukul 5.30 pagi (matahari dah terang bederang dah pun) dan mandi2 and bersiap menuju ke masjid berdekatan yg terletak di South Port kalau x silap. menunaikan solat sunat aidiladha bersama muslim2 yg berada di gold coast ni.

kami bukan berdua je... kami bersama dua lagi kawan hubby yang sorang benama Jas (lelaki) and sorang lagi namanya amalina (gugurl loh).... nasib baik ada teman... hehe nasib baiklah dapat kawan yg pandai berborak. kalau harapkan puan dahlia yang bukak mulut dulu, memang xla... puan dahlia ni pemalu tahi kucing... lol

puan dahlia lupa nak snap gambar suasana kat masjid. actually bukan lupa tapi segan nak keluarkan kamera. haha. so puan dahlia capture kenangan kat situ dalam minda je. ececececeh!

selepas solat raya, amalina ajak pergi rumah terbuka rumah Kak Wati, kenalan dia. ikutkan aje la... nak jugak makan makanan hari raya kan. hehehe. and bila sampai rumah kakak tu, i feel like home. ramai jugak rupanya malaysian... semua friendly. makanan sedap2. masa sampai tu dorang tgh merewang2 memasak di dapur. so kami pun ringan2kan la tangan tolong apa yang patut.. itu dah semestinya kan.

borak2 and borak2, makcik2 akak2 ni of coz la tnya, kat aussie ni study ke, watpa duk katna bla bla bla. and bila puan dahlia bgtahu puan dahlia ikut husband... baru tiga minggu kawen maka berita itu disambut dengan kegembiraan. haha over ayat org tua nih... dorang semua congrates la... siap panggil puan dahlia pengantin baru. lol

ni gambar2 kat umah kakak tu... seronok! x ingat plak yg sebenarnya baru kenal je dorang ni semua!




 *abaikan muka puan dahlia yang mcm orang tgh berpantang tu.


 * eh2... nak jugak menyelit dalam camera. haha

 *kawan baru... from left Kristine, puan dahlia, balqis and amalina.


 kali kedua baru perasan puan dahlia x pegang makanan sebab makanan dah habis, makan sikit la katakan control2 ayu... so action je pegang gelas tu. lol dan entah kenapa buat muka arnab...


 *tray yg kosong tu sebab makanan ada yg belum sampai... hehe

 lemang tu lawa betul. sebab puan dahlia yg potong2. kahkahkah


 inlah amalina. puan dahlia. husband puan dahlia. jas

 * pengantin baru katanya....



comel budak ni!!!

and lepas dua jam duduk makan berbual,,, kami pun balik... puan dahlia kena buat kuih pulak utk bawak buah tangan ke rumah kakak ipar malamnya pulak... makan2 hari raya lagi.

lepas hari dah gelap.kami ke rumah kakak ipar puan dahlia pulak. kakak ipar buat nasi beriani.



 husband takda dalam gambar ni kerana dia menjadi jurukameranya.. hehehe~~~
puan dahlia makan bertambah tau. husband senyum2 je tgk... bini dia makan byk! sedap kak rini masak. mahu x tambah. plus, masa makan pagi tadi makan sikit je kontrol2... kat depan kakak ipar tak yah kontrol la... makan je la... hehehe


 Zain. anak buah yg sangat comel ni...
 malam raya ni zain jadi friendly sesangat. loving sesangat. geram rasa nak kunyah2!! bila zain happy sangat main dengan puan dahlia, rasa mcm x sabar nak anak sendiri. lol. gatal

oh my god... bila balik, puan dahlia bisik kat husband. "Zain dah bg hint" lol. husband senyum gatal puan dahlia jeling double gatal. kekeke.

and satu lagi excitement penutup hari raya... bila puan dahlia dah dapat iphone 5! :') tq hubby...

tara!!!! hari ini penuh kegembiraan... alhamdulillah...



Thursday 25 October 2012

Apple Pie Puan Dahlia

Hye u ols..... ni puan dahlia nak share resepi apple pie yg puan dahlia janji2kan kat ramai kawan dlm fb. okeyh xyah lengah2 korang nak resepi kan bukan nak baca puan dahlia mengarut.. huhuhu

ni rupa apple pie puan dahlia.


ok, ada dua resepi utk buat apple pie ni. first, buat crust dia. then yg kedua the apple jem. 

Apple crust: 

bahan2: 

1) 1 cup plain flour 
2) 100g butter
3) air sejuk (ice water)
4) garam secukup rasa

mula2 korang campur garam dalam tepung then masukkan butter. (potong butter tu bentuk cube kecik2 lagi senang) then mix kan tepung n butter tu. guna tangan je sampai jadi crumble... then bila tepung dah jadi crumble and dah xda butter berketul, masukkan air sejuk sikit2. n jgn sampai lembik sgt doh tu. biar dia boleh pecah2 skit... and balut and bungkus doh tu rapat2 dalam wrapping plastic. letak dlm peti sejuk selama 30 minit.

sambil tunggu crust doh sejuk, korang boleh buat the apple pie filling. ni resepi puan dahlia sendiri tau. :p

bahan2nya.

1) 5-6 biji epal. (puan dahlia guna epal merah)
2) 2 cawan gula
3) 1/2 cawan tepung gandum
4) 1/2 sudu esen vanilla (utk bau harum) kalau xnak letak pun xper.

mula2 kupas kulit epal and potong epal kecik2... and rebus epal tersebut dalam boiling water... bila epal tu dah lembik (cucuk guna garfu utk tahu dah lembik ke belum) perlahankan api.

->>> smash epal yg lembik tu... kalau korang nak ada epal yg berketul2, xyah smash pun xpe... then masukkan gula and kacau lagi sampai sebati. 

masukan tepung and kacau sampai jadi likat... masukkan esen vanilla. masak jem tu sampai jadi pekat. 

bila dah puas hati dgn teksture jem korang, keluarkan dari periuk and sejukkan.

sambil tunggu sejuk korang boleh bakar dulu pie base. doh yg korang letak dalam peti sejuk tadi, keluarkan and leperkan guna kayu penggiling. <-- tak tahu nak cakap mcm mana. lol. faham2 lah... then letak doh yang dah leper tu atas loyang and rapatkan ke setiap sisi loyang. bakar dalam oven selama 45 minit dgn suhu 140 celcius. oh ya korang tgk2 lah jugak masa bakar tu jgn bg sampai hangus. biar nampak kaler dia cukup2 masak. 

then bila dah suka dgn teksture pie base korang, tunggu crust tu sejuk. masukkan apple jem filling tadi and tutup bahagian atas dgn crust yg sama. (korang kena buat dua bentuk doh la k). suka hati korang lah bahagian atas tu nak buat cris cros ke, nak tutup penuh ke, nak buat ziz zag ke. ikut kreativiti memasing lah.

then masukkan lagi sekali dalam oven and bake dgn suhu 120 celcium selama 45 minit. keluarkan dari oven and tunggu sejuk sikit, kalau korang potong masa2 panas, kemungkinan besar the filling akan meleleh. so tunggu sekejap baru potong. kalau nak makan panas2, masukkan dalam microwave then  boleh makan!


cadangan hidangan, makan dengan ais-krim vanilla. selamat mencuba dan menjamu selera.


Monday 22 October 2012

di waktu lapang

hye u ols... puan dahlia nak merepek lagi di sini... well... mesti ada yang ingat puan dahlia ni sejak jadi wife asyik memasak je kan. takda kerja lain ke selain masak-update status menu-karaoke youtube-makan-masak... ade..ade... puan dahlia ade je byk lagi benda lain nak dibuat. membusykan diri umpama xcukup masa utk buat semuanya...

oklah kalau puan dahlia dah bosan sangat nak duduk dapur je... maka puan dahlia turun bawah baca buku. yeayh, baca buku. membaca itu kan amalan mulia. hehehe. buat masa ni puan dahlia tengah nak menghabiskan satu buku novel yang bertajuk 'The Karma Club' by Jessica Brody. Oklah buku ni. cerita dia pasal karma. tiga gadis yang buat satu kelab bersatu utk cipta karma sendiri terhadap orang2 yang buat diorang suffer. so far enjoy la baca... tak tahu lagi ending macam mana. baru 40% habis. :p tunggu la puan dahlia habis baca kalau u ols nak tahu cerita penuh. nnt puan dahlia buat review buku ni. 


ha inilah kawan dahlia di kala petang2. kalau husband xda kat umah petang2 dalam kul 3pm-4pm mcm tu puan dahlia meluangkan masa dgn buku ni. sekali baca satu bab dalam 5-6pages mcm tu. selebih masa puan dahlia tidur la kat bawah tu. haha sebab best sgt angin dia walaupun kadang2 sejuk tak tahan or panas terik x tahan. nak tengok port favorite puan dahlia mengular? hehe




first puan dahlia akan duduk sini layan perasaan..tengok langit... tengok building... tengok orang mandi2 kat pool. lol. sebelah kiri tu pool xleh mandi. puan dahlia nak cuci mind, tengok belah sini, so mind rasa relax je tengok view... and then bila toleh kanan boleh tgk la awek2 mandi pakai bikini. x selalu..kadang2 je. lol.




 nilah view bila toleh kanan. haritu sejuk so xde orang turun mandi lagi... pool tu kosong la. kalau hari bertuah sikit dapatlah tgk cewek2 n cowok2 seksi bermandi manda. hee. and nampak tak dua bijik cengkerang besar dalam gambar ni? dalam tulah tempat menyorok puan dahlia. pernah sekali dua la tertidur dalam tu. haha. syok betul. bangun tgk dah nak dekat kul 5. husband dah nak dekat balik. cepat2 naik atas!



 ni rupa cengkerang tu...



 ni rupa makhluk dalam cengkerang tu. poyo2 je kan.. dah lah pakai self-timer utk capture gambar ni. lol.



view sebelum terlelap dalam cengkerang tu. sambil tengok dua anak beranak ni bergurau senda. 



and puan dahlia pejam mata kejap je... betul kejap.. x tipu. sepuluh minit jer mcm tu. rest betul... haih..alhamdulillah.. indah betul langit ciptaan Allah... nah, ni nak share few gambar yg puan dahlia capture sebelum naik ke rumah... inilah pemandangan yg cuci mata puan dahlia petang2... 





yg ni private pool. jarang la nak naik atas ni sebab selalu ada mamat2 yang x pakai baju berjemur kat sini, so segan la nak tengok kan. walau pun taknak tengok tapi mestilah terpandang. lol.


and sebelum puan dahlia menghabiskan entry ini, ini ada satu lagi gambar istimewa utk tatapan u ols semua. memang pemandangan paling indah!


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-






indah sgt la kakak oi. lol! jgn marah! byeee