Monday 16 February 2015

Happy Belated Birthday Mama Lily

Marathon entry sikit arini? heh macam kejar2 buat homework tertangguh. ok go!

16 February 2015, genap lah 21 tahun umur satu2nya adik perempuan saye. yeay dah dapat kunci orang kata, hiks tapi Puan lily dah naik pangkat tahun lepas lagi dah. jadi isteri Incik Udeng. this year insyaAllah naik pangkat jadi mak kepada anak sulung Incik Udeng pulak. bulan 8 insyaAllah Nurie dapat cousin baru. :)

eh bukan baru wish tau. dah bawak dinner pun malam sebelum birthday. hehe saja nak wish happy belated birthday pulak… heeee sebab tak ada wishing card untuk diabadikan, kita tepek memory kat sini! nah ambik link ni nanti rindu bukak baca balik ek lily! hiks

ok i love u adik!


26

Ehem. Assalamualaikum…

Rasa tua pulak dah lebih suku abad umur ni. Alhamdulillah dah berpangkat ibu. This year celebrate birthday bertiga. Seronok tak terkata walaupun tak ada kek tingkat2 or party meriah2 or kawan ramai2 or bunyi bising2 or makan mahal2, tapi duduk melepet tiga beranak atas katil cukup seronok sangat2 dah! Nurie Camellia plak skang dah pandai gelak2 bila diagah. Memang kalau duk agah2 dia skang benda lain dah tak dikisah dah. heee

Hubby tetap buat surprise kecil2 yang comel. hehe ntah bila masa dia bawak masuk kek and present tu ntah kite pun tak perasan. yelah masa sibuk duk belek2 anak agaknya memang perompak masuk umah bagi salam pun kita buat tak tahu agaknya :p 

masa tu Puan dahlia tak perasan nak dekat pukul 12 so mmg tak masuk kepala la husband nak wish ke nak peluk cium ke apa kan. dalam kepala duk ingat husband tengah basuh baju kat belakang. (sebab dia kata dia nak basuh baju. kononla) kite pun gatal kaki nak masuk dapur nak tengok dia basuh baju la konon... pastu kantoi nampak dia tengah nak nyalakan lilin kat kek. hahaha bengang dia sebab surprise tak jadi. lol. 

"penyibuk la syg ni… masuk dapur kenapa?" seloroh dia kecewa surprise x menjadi. haha nasib la dapat bini penyibuk, awak nak plan surprise dalam rumah tu memang susah la.. :p terus dia suruh kita pergi dudk depan and dia pun menyanyi lagu happy birthday bawak kek comel tu. Puan Dahlia pulak tengah dukung anak sambil tersipu2. :p

Anak tak mahu lepas mummy (sebenarnya mummy yang tak mahu lepas anak. hiks)
Sama2 makan kek sambil beromantika dengan anak tersepit di tengah2. kahkahkah. 

Lepas dah rasa cukuplah untuk hari ini, kitorang semua masuk bilik dah ready untuk tidur. Nurie sekarang memang bed-in dengan mummy daddy. tp bukan tengah2 la takut kena penyet dengan daddy yang tidur mati sokmo. :p letak dia belah kanan so mummy sekarang heavenly tidur peluk tukar ganti, pusing kanan peluk baby pusing kiri peluk laki. hiks. 

selalu Puan Dahlia mesti terlupa nak sediakan handkerchief baby untuk standby tepi tapi malam tu tak lupa. awal2 dah sediakan semua. 

Husband tetiba cakap "pergi ambik handkerchief baby kat bilik sana". (Bilik seberang hall sebab jemur baju2 baby kat situ) 

"Ni dah ambik la." Puan Dahlia bangganya tunjuk handkey tu nak tunjuk this time kite tak lupa la… dah siapkan dah… lepas tu hubby gelak. dah kenapa?

"pergi je la bilik sana ambik apa2." sambil gelak2 apa yang kelakar sangat ntah. dalam hati dah syak mesti ada hadiah birthday ni. haha tanpa melawan perintah (cewah) kite pun turun la dari katil nak ke bilik sebelah, keluar je pintu nampak ini dekat tangah2 hallway : 
tersergam sipu2 tengah2 jalan tu. :p 
Yang ni memang betul2 surprise la sebab tak sangka dapat handbag LAGI. sedangkan dia sendiri kata no more handbag sebab dah banyak sgt. tapi yelakan dia jugak supporter utama dalam hobi mengumpul handbag bini dia ni. :") haha isi dalam nanti Puan Dahlia tunjuk lain entry la kalau rajin. :p 

lepas tu tak habis2 say sorry sebab tak tahu nak bagi apa. Puan Dahlia dah lama tak beli handbag sebab tu handbag je la dia terfikir. haha sweet sangat ke apa ni. actually I tak kisah la. I tak harapkan apa2 pun sebab anak kita adalah hadiah paling tak ternilai. takda hadiah yang boleh lawan kehadiran Nurie Camellia. She is the best gift ever! 

And sebenar2nya hari lahir ni Puan dahlia selalu fikir bukan Puan Dahlia yang patut diraikan. yang patut diraikan is mak Puan Dahlia. sebab 26 tahun yang lalu, mak yang bertarung nyawa nak melahirkan Puan Dahlia ke dunia. Pengorbanan yang tak ada apa2 boleh membalasnya. Terima kasih tak terhingga mak… sampai bila2 pun takkan terbalas pengorbanan mak melahirkan hawa. menjaga, mendidik, menyanyangi… hadiah mak menyusul nanti ye. hehe

Bila kita jaga anak kita sendiri baru kita rasa serba sikit kesusahan mak dulu jaga kita masa kita kecik2. 
:)



Sunday 25 January 2015

Throwback sikit2.

hey hey february hampir tiba! InsyaAllah bertambah lagi usia Puan Dahlia dalam masa beberapa minggu lagi. hiks. tahun ni umur dah 26. wah 26?! Alhamdulillah… masih bernafas, makin bahagia, makin dimurahkan rezeki setakat ni. syukurr… paling2 bermakna sekali umur 26 sudah bergelar seorang ibu. :') Actually Puan Dahlia naik pangkat jadi mak orang masa umur 25, (dec2014) but almost 26 dah tu. ok la kan?

tetiba rasa nak throwback sikit chapter2 menarik dalam hidup sebelum usia masuk 26 few weeks lagi. heee


siapa sangka dialah rupanya tulang rusukku, orang rata2 akan tanya macam mana kenal?
jawapan : Allah temukan. :p
Pimpinlah daku ke sana. cewah. ;p
Allah kasi peluang berdua bercinta selepas bernikah selama setahun lebih jugaklah.
So dialah suami, dialah boyfriend, dialah kawan, dialah teman, dialah sahabat. 
Selepas lebih kurang setahun setengah,Allah kurniakan rezeki cahaya mata.
 Alhamdulillah dapat merasa nikmat2 kehamilan. :')
Pregnant with our first daughter is one of the best chapter in our  story book. <3 
hampir bertiga dalam hidup. nervous,excited bertukar ganti. 
19 december 2014 / 26 safar 1436
jumaat. 1.28pm
Nurie Camellia binti Zaharin selamat dilahirkan ke dunia.
menjadi amanah yang paling besar dari Allah untuk kami.
My precious.
Semoga kami tak gagal mendidik amanah Allah ini menjadi anak yang baik…
makin naik usia ni makin tak pandai nak entry panjang2. eleh sebenarnya malas. :p oklah nanti Nurie Camellia dah besar kita buat throwback lagi.




Friday 9 January 2015

entry ibu2.

Assalamualaikum... Dah lebih seminggu dah jalani tahun 2015 ni kan. Alhamdulillah... 

sambil2 menunggu kakak urut datang pagi ni jap lagi kul 9.30, Puan Dahlia pun rajin2 kan lah diri menaip entry kilat ni. memandangkan baby pun duk tidur lagi dengan daddynya, so time2 cenggini lah nak meng- me time- konon nya. kang baby dah bangun jangan kata nak berblog, nak kencing pun kena tahan dulu. hiks. <- over tau. 

jap lagi kul 11 kena bawak baby pergi jumpa paediatrician dia pulak. sebab milk rashes makin menjadi2 kat muka dia. kesian anak mummy. :( so dek kerana gundah gulana mak bapaknya takut anak sakit teruk, nak kena la bawak pergi cek. 

lepas tu even tali pusat dia dah jatuh minggu pertama itu hari, tapi sampai sekarang pusat dia duk ada darah lagi. mana datang tak tahu. so sebab tak tahu itu normal atau tak kena la jugak pergi cek kan. kot la anak aku sakit... mana la tau dia sakit, sebab dia tau nangis je bukan reti dia nak bagitahu kita dia sakit tang mana. so kita lah yang kena investigate kalau nampak ada yang tak kena.

pagi ni Puan Dahlia bangun kena simbah dengan muntah susu baby. orang kata jeluak susu. huhu seronok jadi maknya nilah, takyah jam loceng. dapat anak yang time subuh je dia bangun nak susu. :) bagus anak mummy... kejut daddy solat subuh sekali ye. 

dek kerana kesian tengok Camellia asyik jeluak je susu macam mana nak kenyang, so mummy dia google2 la punca dan penyelesaian. rujuk pengalaman mak2 lain, dorang kata baby jeluak boleh jadi macam2 sebab, sebab perut masuk angin, sebab tak burpkan dia betul2, sebab barut ketat,sebab terlebih minum, (-< tapi yang ni nak kata terlebih minum tu tak tahulah sebab lepas jeluak dia bukan nak stop, menangis menjerit2 nak susu lagi adalah, so adakah terkurang? confuse mak. noob sungguh haih nak jaga anak). 

anyway harini dapat keluar rumah. yeayy...keluar rumah pergi hospital je pun seronok. yelah berminggu terkurung kot. tengok langit pun ikut balkoni tu je ha. mahu tak happy bila harini dapat jejak tanah. hikhikhik. bukan baik jeling si bapak Camellia bila I kata bestnya dapat keluar rumah. "tak menyabar" kena sound setepek. hahaha

berpantang ni seronok weyh. time mak ada la seronok. bermanja2. ni mak dah balik teratak dia sebab mahathir intan payung dah start sekolah and abah pun kena ada orang jaga jugak kata rumah sana tu kan. huhu so skang ni pandai2 lah berpantang sendiri. Alhamdulilah encik hubby banyak sangat membantu.. tapi tulah tetap penat jugak nak berpantang sendiri ni. makan nak kena siapkan sendiri itupun kadang2 bila rasa tak larat nak berdiri lama2 tu, kita paksa hubby tolong masak. sudahnya lately tapau je lauk dari kedai. :p

Tiga minggu dah sejak Nurie Camellia dilahirkan. I tak sabar nak habis pantang pantang ni. tiga minggu to go. haih.. tiga minggu lagi duk terkurung. huhuhu tabahlah wahai hati. demi masa depan. 

oklah kak Efi dah sampai. nak berurut ni. nanti kita sembang lagi. bye for now!