Friday 9 January 2015

entry ibu2.

Assalamualaikum... Dah lebih seminggu dah jalani tahun 2015 ni kan. Alhamdulillah... 

sambil2 menunggu kakak urut datang pagi ni jap lagi kul 9.30, Puan Dahlia pun rajin2 kan lah diri menaip entry kilat ni. memandangkan baby pun duk tidur lagi dengan daddynya, so time2 cenggini lah nak meng- me time- konon nya. kang baby dah bangun jangan kata nak berblog, nak kencing pun kena tahan dulu. hiks. <- over tau. 

jap lagi kul 11 kena bawak baby pergi jumpa paediatrician dia pulak. sebab milk rashes makin menjadi2 kat muka dia. kesian anak mummy. :( so dek kerana gundah gulana mak bapaknya takut anak sakit teruk, nak kena la bawak pergi cek. 

lepas tu even tali pusat dia dah jatuh minggu pertama itu hari, tapi sampai sekarang pusat dia duk ada darah lagi. mana datang tak tahu. so sebab tak tahu itu normal atau tak kena la jugak pergi cek kan. kot la anak aku sakit... mana la tau dia sakit, sebab dia tau nangis je bukan reti dia nak bagitahu kita dia sakit tang mana. so kita lah yang kena investigate kalau nampak ada yang tak kena.

pagi ni Puan Dahlia bangun kena simbah dengan muntah susu baby. orang kata jeluak susu. huhu seronok jadi maknya nilah, takyah jam loceng. dapat anak yang time subuh je dia bangun nak susu. :) bagus anak mummy... kejut daddy solat subuh sekali ye. 

dek kerana kesian tengok Camellia asyik jeluak je susu macam mana nak kenyang, so mummy dia google2 la punca dan penyelesaian. rujuk pengalaman mak2 lain, dorang kata baby jeluak boleh jadi macam2 sebab, sebab perut masuk angin, sebab tak burpkan dia betul2, sebab barut ketat,sebab terlebih minum, (-< tapi yang ni nak kata terlebih minum tu tak tahulah sebab lepas jeluak dia bukan nak stop, menangis menjerit2 nak susu lagi adalah, so adakah terkurang? confuse mak. noob sungguh haih nak jaga anak). 

anyway harini dapat keluar rumah. yeayy...keluar rumah pergi hospital je pun seronok. yelah berminggu terkurung kot. tengok langit pun ikut balkoni tu je ha. mahu tak happy bila harini dapat jejak tanah. hikhikhik. bukan baik jeling si bapak Camellia bila I kata bestnya dapat keluar rumah. "tak menyabar" kena sound setepek. hahaha

berpantang ni seronok weyh. time mak ada la seronok. bermanja2. ni mak dah balik teratak dia sebab mahathir intan payung dah start sekolah and abah pun kena ada orang jaga jugak kata rumah sana tu kan. huhu so skang ni pandai2 lah berpantang sendiri. Alhamdulilah encik hubby banyak sangat membantu.. tapi tulah tetap penat jugak nak berpantang sendiri ni. makan nak kena siapkan sendiri itupun kadang2 bila rasa tak larat nak berdiri lama2 tu, kita paksa hubby tolong masak. sudahnya lately tapau je lauk dari kedai. :p

Tiga minggu dah sejak Nurie Camellia dilahirkan. I tak sabar nak habis pantang pantang ni. tiga minggu to go. haih.. tiga minggu lagi duk terkurung. huhuhu tabahlah wahai hati. demi masa depan. 

oklah kak Efi dah sampai. nak berurut ni. nanti kita sembang lagi. bye for now!

No comments:

Post a Comment