Thursday 27 September 2012

hari ini 28 september 2012

hye.

5.54am 28 september.

hari yg ditunggu2 sejak sebulan lepas, :)

maybe, ini entry terakhir sebelum saya bergelar seorg isteri. insyaAllah. lepas ni kalau update blog, cik Dahlia dah jadi bini org dah! hehe

al kisahnya malam tadi saya tidur pukul 2 am lepas berinai. then pukul 4.30 am terjaga dan terus rasa xnak tidur balik. darah gemuruh mungkin? lol. jadi masa yang ada ni sebelum pergi mandi, haruslah update blog dulu. buat entry terakhir sebagai seorang anak dara. hehe

insyaAllah... doakan majlis pernikahan cik dahlia berjalan lancar hari ni ye. amin.





Tuesday 25 September 2012

3 hari lagi saya seorang isteri!

Ya Allah, 
peluklah hati ini disaat aku mulai rasa gelisah dalam penantian penuh kesabaran ini, rindu ini kerana Mu Ya Ilahi. . 
Tuntunlah Hati hamba agar hanya mahu menerima CINTA seorang Insan yang benar2 Pilihan-MU bukan Semata-mata Pilihan Nafsuku.
Cinta bukan melemahkan tapi menguatkan, cinta juga bukan menyedihkan tapi menggembirakan. 

Ya Rabb..bila dia memang baik untukku,agamaku,masa depan dunia dan akhiratku, dan boleh membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu, Maka dekatkanlah diriku dgnnya & satukanlah kami dlm pernikahan yg sakinah, mawaddah, warrahmah.. 

amin ya Rabbal al-amin...

Sunday 9 September 2012

perpisahan tanpa pertemuan.

"Ya Allah, sesungguhnya ajal maut itu rahsiamu yang patut aku akur. Aku redhai perpisahan yang telah kau tetapkan ini. aku ikhlaskan hati menerima ujian dan aturanmu ini. Semoga Kau tempatkan arwah di kalangan hamba2mu yang diredhai. Kau pinjamkanlah kami semua kekuatan untuk menerima pemergian arwah..."

to my late future mother in law,
"InsyaAllah saya akan jaga anak mak seperti mak harapkan..."

09.09.2012

Wednesday 5 September 2012

Plan Tuhan memang perfect.

Siapa yang boleh jangka apa yang Allah dah rancang untuk kita. "Setiap yang berlaku ada hikmah." itu bukan sekadar kata2 nak sedapkan hati siapa2. Memang betul apa jadi semua ada sebab dan akan ada kesannya. baik buruk semua hanya Allah yang tahu. Yang sangat pasti Allah takkan bagi sesuatu yang buruk dan tak ada kebaikan melainkan kita sendiri yang cari pasal. :p

Himahnya terlihat sekarang.  Si A tipu aku untuk Si B. Mengenepikan aku lepas si A jumpa balik si B yang merupakan keksih lama. Aku ni hanya si C dalam cerita itu. Rupanya kisah yang Allah dah coret, hikmah di sebalik pertemuan semula si A dan si B, membuatkan aku lebih matang. tiada jodoh antara aku dan Si A. Aku hanya persinggahan dalam perjalanan si A mencari permaisurinya. dan Si A pula hanyalah persinggahan dalam perjalanan aku mencari Tulang rusukku.

Rancangan jodoh yang ditetapkan oleh Allah ini memang ajaib. Memang tak pernah terlintas dek akal fikiran betapa indahnya hikmah disebalik kesakitan yang lama tu. Si A sakit, aku sakit, si C sakit. tapi akhirnya Allah buka kebenaran siapa untuk siapa. Fuhh penatnya bermain dan berjalan dalam mencari destinasi sebenar. tapi penat tu hilang bila seolah dah nampak inilah hasilnya. :')

InsyaAllah... jika inilah ketentuan Dia, aku sangat bahagia. dan andai ini juga bukan destinasi terakhir,aku akan tetap bersyukur dengan keindahan sementara ni. Mungkin ada yang lebih dasyat ganjarannya siapa tahu kan? hee... 

Jiwang sangat entry ni. Terkorek dari sudut paling dalam, dalam hati yang lama diam... 

Ya Allah andai benar dia inilah destinasi terakhirku, tulang rusukku, dan pilihanmu untuk menjadi pelindungku, kau berkatilah kami... permudahkkan segala persiapan kami menuju ke jalanmu... dan teguhkan hati kami... amin.

Tuesday 4 September 2012

Happy birthday Malathi!

4th Sept 2012. My bestfriend's birthday. Malathi. Birthday yang ke berapa? rahsia la.. ehehe.

Niway Mal, this is a simple entry for you. I wish and I pray may all your dreams come true.., teruskan jadi wanita yang tabah, manusia yang kuat. jangan cepat melatah dengan apa yang jadi dalam hidup ni ok. No matter how hard it is, remember, God tested u just because He love u. And one day He will reward u what u deserve.

Ok lah i pun dah x reti nak berckp byk2 nanti takut sound stupid... dengan broken english nya lagi kan. lol.

selamat hari lahir sahabatku!



your smile and your laugh is a miracle. it can cheer tears!
Keep smiling k.

XoXo

Monday 3 September 2012

sekarang!

dear self,

agak2 awak bila awak akan berubah jadi lebih matang dari diri awak sekarang?
bila awak akan berubah jadi seorang wanita yang berfikir sebelum bertindak?
bila awak akan berubah jadi seorang yang tidak kuat melatah?

dear self,

awak nak tunggu semua tu dtg kat awak ke... oh tidak, kalau mcm tu sampai ke tua la awak akan tetap jadi orang yang sama.

yang tak berfikir sebelum berkata2.
yang tak menahan nafsu amarah melempar kata2 kesat sesuka hati.
yang melenting dan melatah x kena tempat.

dear self,

sekaranglah masanya kalau awak nak melangkah ke satu fasa yg lebih matang.
sekaranglah masanya kalau awak nak bangun dan tinggalkan takuk lama.
sekaranglah masanya kalau awak nak tutup buku lama yang yang dah bercapuk dengan noda2 masa silam awak tu.
sekaranglah masanya awak bukak buku baru dan mula melakar dengan akal dan fikiran serta hati yang bersih.

dear self,

bersihlah dari akal fikiran yang kotor
bersihlah dari hati yang busuk
bersihlah dari sikap yang buruk

you have to do it self... bukan esok bukan lusa. tapi sekarang!

ok kita mulakn sekarang, dgn mendelete entry2 lama. heeeee

Excited? Nervous?

Tak tahu nak describe feeling ni mcm mana. until the big day, maybe sekarang saya rasa eksited! neves belum dtg lagi. haha