Thursday 12 December 2013

Buang masa nak sedih2

Assalamualaikum buat yang sudi nak membaca picisan buruk ni. 

Makin lama makin rasa jauh dgn semua benda. rasa cukup lah ada suami di sisi.  dah rasa lengkap. nak berborak, bergurau, bergaduh, bermasam muka, bertepuk tampar. dengan dia sorang dah rasa cukup. 

mungkin perasaan cukup tu yang buat aku makin diam dan jauh dari kawan2. lupa nak berborak dengan orang lain selain dengan dia. lupa nak loyar buruk dengan orang lain selain dengan dia.

mungkin rasa cukup tu yang buat aku lupa aku perlu bertanya khabar dengan kawan2 yang masih sudi bertanya khabar. buat aku nampak macam aku sombong. sampai ada yang tanya 'busy sangat ke???" bila aku pilih untuk diam.

bukan la busy mana. siapa lah aku ni nak busy sangat sampai x terlayan mesej dari kawan2. duduk rumah goyang kaki je bak kata orang. apa yang tak ada masa sangat nak update khabar dekat kawan2.

kalau ada antara kawan2 yang fikir aku sombong, berlagak atau seumpamanya, aku minta maaf ler yer. xda niat nak menyombong. aku tak lupa. siapa ingat aku aku mesti ingat dia. 

cuma bila aku duduk dengan suami, dia la segala2nya. and aku suka dunia tu. aku leka dan ralit dalam dunia aku tu. when i thought that no one else matter.

and aku rasa xda salahnya tentang itu. 


Saturday 28 September 2013

Setahun.

Alhamdulillah... harini, 28 september 2013, genap setahun Puan Dahlia pegang title Puan ni. hehehe. setahun yang lalu lepas asar hari jumaat, 12 Zulkaedah 1434. Puan Dahlia dan encik suami dinikahkan di Grand Dorset Subang, Selangor dengan berwalikan ayanda Puan Dahlia. :')

cepat betul masa berlalu. macam baru bulan lepas je dapat suami... hehehe bak kata husband puan Dahlia, 'dung dang dung dang, dah setahun dah kan!"

Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama suamiku. semoga kita dapat tempuh tahun2 seterusnya dengan lebih kuat dan penuh gedik2 cinta kita. :p

oh ye cakap pasal gedik, manalah orang tak igt kami ni pakwe-makwe. xde rupa laki bini ker kan? heh. harini husband bawak dating manis2. haish mcm mana nak describe ntah dating manis tu... sebab puan dahlia je dapat rasa rencah rasa perasaan tu bila berdua harini. :') tq Allah for such a great feeling!

hari dimulakan dengan surprise dari husband, 12 kuntum bunga ros merah menyala! dia kononnya nak pergi praktis macam biasa pagi tadi, rupanya keluar pergi beli bunga! puan dahlia tanya dia, kenapa 12? jawab dia... 'for the 12 months that we have been trough together'. ewah! mcm gitulah kan. next year 12 kuntum lagi la kan.? insyaAllah...amin... 


merah menyala! terharu la la kakak! igtkan dah berhenti nak beli2 bunga2 utk isteri gedik dia ni... rupanya Husband masih lelaki yang sama... syukur ya Allah. 

harini kitorang pergi dating dekat Extreme Ice Arena! Apebenda tu? hikhik... ice skating! memandangkan Puan Dahlia dengan tergolek ni berpisah tiada, bagai isi dengan kuku, maka memang wajibla tergolek lebih dari sepuluh kali. sampai da kebal rasa pinggul! hahahaha

Puan Dahlia tak pernah ber-ice skating dengan suami before ni... bah kan, tak pernah ber-ice skating dating dengan siapa2 pun la kan. so rasa sgt sweet dan romantik la bila husband pimpin2 tgn dalam tu nak ajar kita meluncur... ^_^

gambar sikit2 je amek... sbb x reti sgt bergambar elok2 ni.. semua terserlah rupa excited terlebih tu. nyampah betul dengan kamera ni tau. hihihi


kan dah cakap, makcik ni tak reti nak control air muka.
bila excited, nampak benor excited la. 
pastu bila happy nampak la sengih kerang tu. lol. is that me? haish.
istilah photogenic dgn puan dahlia mmg bagai langit dgn bumi la...

ni muka control balance. get ready to tergolek anytime.
bila nampak husband tgh pegang phone nak amek gambo,
control balance je, expression muka xyah control! :p

konon je ni.
x sampai seminit pastu tergolek jgk. heh

dan sebab dating berdua, konsep bergambar adalah:
i ambil gambar u, u ambil gambar i.
kalau nak gambar berdua, kita kena camwhoring mcm ni.
hahahahahaha

lepas dah puas men-tergolekkan diri kat situ, pergi jalan2 pimpin2 tangan kat Kings Park pulak. I guess Spring belum betul2 sampai so bunga x berapa nak meriah. itupun dah cantik sgt! rasa nak terjun dalam semak2 bunga tu! huhuhu

pun jugak, puan dahlia x reti nak bergambo... layan je la gambo mengarut ni.. :p


konon nak try to look photogenic, tapi mcm biasa la... i ni photogedik. bluek!






tgh melompat kegirangan agaknya time ni. excited tgk view cantik sgt.
Lepas dah lenguh kaki berjalan dan bergedik, husband offer "nak san churro's macarons x?" aaaa apa lagi mestila nak! gila xmahu, sedap nak mampus san churro punya macaron. :') kali ni plak siap di offer lagi. selalu merayu mintak macarons! lol. sebab makanan ni sgt la x bagus utk saya yang malas bersenam ni. and plus, sangat la manisssss....not good not good. tapi sbb bini dia happy sgt makan natang tu, dia pergi beli juga! 


terima kasih cinta! harini hati saya berlonjak girang!! 
hari2 pun riang jugak tapi harini extra riang sbb x sangka dah setahun kita berkepit hari-hari! heee

jom berkepit lagi bertahun2 ok! <3

I LOVE U.

Saturday 21 September 2013

Macam biskut!

Hai Hai Hai Assalamualaikum. ada x yang tercari2 mana puan dahlia pergi? lol sebulan lebih x update tetiba muncul plak  kan? patut tukar nama blog la rasanya pasni. blog cap biskut. dgn description sekejap ada sekejap xda! 

sebenarnya banyak cerita tapi semua cerita diabadikan kat instagram da skang. kekadang tu instagram jadi blog pergi letak caption sampai berperenggan-perenggan. 

instagram pun dibuat mcm tin biskut sekejap ada sekejap xda jgk. nak2 lagi sejak sejak busy menguruskan kebun. lol. farm game la apa lagi. bukan farm ville. tu da lama tinggal! 






ni la kebun yang diusahakan sejak dua menjak ni. untung takda pun buang masa ada la.-_-" tapi sebagai suri rumah sepenuh masa ini la yang dibuat bila da xda keje nak dibuat. haha

ok sesapa lagi yg main game ni add ler kite kat game center. TiyaLunaDahlia. 

ok la nak merepek tang tu je dulu. update pun guna iphone so paham2 la... :p bye 

Friday 2 August 2013

satu lagi rahsia Allah.

....sayu sikit rasa nak taip entry ni....sekadar luahan rasa hati kakak je.

satu hari... scroll2 instagram... tgk gambar kawan update, pregnancy ultrasound. *senyum. tapi, dalam hati rasa cemburu. 'bila pulak giliran aku?' 

satu hari... chat2 dgn kawan.. kawan bgtahu dia dah pregnant 10 minggu. *happy for her. tapi, dalam hati rasa iri... 'kenapa bukan aku?'

tak apalah..belum rezeki. hubby kata, 'rilex la.. kita kan still pengantin baru'

ah betullah. buat apa nak cemburu. rezeki masing2kan lain-lain... :)

esok kawan tanya, "dah berisi ke?"... *senyum sambil jawab... 'belum rezeki...'

esok, kawan tanya lagi, "dah pregnant ke?" *senyum sambil jawab... 'belum rezeki'.

esok lagi, kawan tanya lagi. "bila nak dapat baby ni?" 

...

ah hati mula terusik. emosi pulak kite. seolah mereka ingat baby tu boleh di-order mcm order teh tarik. 

sepuluh bulan. bulan 9 ni, insyaAllah genap setahun. awal lagi kan? ramai yang cakap awal lagi. masih pengantin baru. buat apa nak risau2? 

tapi yela... hati perempuan mana tidak terdetik rasa mahu. 
hati perempuan mana yang tak terusik rasa malu. 

bila ada suara bertanya "bila nak dapat baby?"

BILA? kenapa harus ditanya, BILA? mcm boleh je kalau aku jawab. esok. atau lusa. atau tahun depan?

pada akukah jawapannya?

ye, memang sentap. emosi. semua ada. tapi buat apa dilayan rasa yang tak perlu itu bila apa yang Allah bagi pada aku skang lebih cukup dari segalanya,

suami yang sempurna dari pandangan mata. sempurna dari belaian jiwa. (ewah, kemain)

tapi itulah yang sesungguhnya. 

hubby kata... "Allah tak bagi sayang baby sekarang, sebab Allah nak bagi benda lain dulu. 
Allah bagi syg pengalaman duduk oversea. Allah bagi syg suami yang pemurah memberi. Allah bagi syg masa untuk asah skill syg sebagai seorang isteri yang sempurna."

apa yang aku mintak tak pernah suami kata 'tidak'. paling busuk pun suami kata 'tunggu dulu'. tup tup x lama tunggu, benda yang diminta ada depan mata. bukan ke rezeki namanya tu? :')

cuma nak mintak anak, bukan kerja suami untuk mewujudkan. suami da beri apa yang patut diberi. dah kasi apa yang patut dikasi.

kewujudan anak itu hanya pada tangan takdir. siapa lah aku untuk persoal takdir kan?

siapa tak mahu anak. siapa tak mahu cahaya mata buah cinta dari seorang lelaki bergelar suami.

aku manusia biasa juga, aku perempuan biasa jugak. jngan tanya bila please... sebab jawapan tu bukan pada aku, yang hanya ada pada aku... harapan, doa, usaha dan penantian.

ye, aku faham... xda siapa pun yang ada niat nak buat aku sentap apa. itu semua pilihan aku sendiri. aku faham... soalan2 tu memang typical dan lazim dituju utk pasangan yang dah berkawen.

cuma memag aku yang emosi. lebih beremosi bila ditujah soalan2 yang aku sendiri penat nak menjawab.

tambah emosi bila kawan2 yang kawen kemudian da bilang hari nak bergelar mummy and daddy. 

tapi, siapa aku untuk pertikaikan adilnya hukum alam?

cukup adil bagi aku bila Allah hadiahkan aku seorang suami. cukup adil dan misteri. Rahsia Allah yang cukup besar. menemukan aku dengan tulang rusukku dengan tanpa perasaan ragu dan keliru. Zas..aku jadi isteri dia, suamiku yang Allah sorokkan kewujudannya dari pengetahuanku, selama 23 tahun aku berjalan atas bumiNya.

Rahsia Allah masih rahsia. bila dan bagaimana cahaya mata ku hadir nanti, masih rahsia. bukan aku yang memegang jawapan. bukan suamiku bukan mak bidan bukan doktor, bukan pakar. semua tu hanya Allah yang tahu. bila Allah kata tiba masanya, maka iyalah... dan kalau masih belum , siapalah aku untuk terus bertanya dan bertanya.

kalau jauh mana pun aku merancang perjalanan kemahuan dan keperluan aku, hak aku jugakkah untuk menentukan bila nafas aku terhenti? bila harapanku termati?

semua tu kan, rahsia Allah?



Wednesday 24 July 2013

Rasa Halal Perth

Assalamualaikum.

Hai.

amacam tajuk entry? poyo tak? hahaha

sebenarnya, nak cerita pasal beli ayam je pun. ye, of course la ayam halal. walaupun duduk oversea, puan dahlia dan suami tidak memandang ringan isu daging halal ni. insyaAllah... kalau kat malaysia senang je nak beli ayam/daging kan, pergi je supermarket, dekat meat section insyaAllah ada byk ayam halal.

kat sini kalau pergi supermarket tu, beli sayur2, bahan kering and kadang2 beli seafood aje. kalau nak cari barang2 masakan melayu pula puan dahlia pergi asian grocery kat sini, byk jugak malaysian product jual kat asian grocery tu tapi budu je non-ado. :( sedih!

seminggu atau dua minggu sekali kami akan drive ke Balcatta utk beli ayam. tu kedai ayam halal paling dekat dengan kawasan rumah. 20-25 minutes drive jugak la. kira jauh la kalau nak pergi selalu sebabnya kalau kat kl, nak beli lauk, paling jauh pun drive lima minit je! heh

ni ler kedai ayam/daging kami kat perth ni. Ismail Butcher namanya. Pak Mail ok. heh

nak amek gambo daging ada hubby lak interframe


hubby da out-frame, pakcik salleh ni lak interframe

ha ni da xda sapa nak interframe. daging2 yang fresh aje posing sakan! oh ye, ni daging je sebab ayamnya kat sebelah sana, lupa nak capture, lebih tertarik dgn wajah2 daging2 yang merah2 ni. hehehe
cakap pasal daging, saje nak kabo Australian beef memang so far x pernah lagi mengecewakan. memang manis and x liat u all! Alhamdulillah... so kalau kami pergi beli daging, ayam. kami akan beli utk stock seminggu. so xyahla nak kena dtg selalu. kan?kan? lepas tu daging2 ni kalau simpan seminggu pun Alhamdulillah x rosak.

ok tetiba buat entry daging kan? haha sajalah nak ingatkan sesama sendiri... sebab rupanya ada lagi yang leka dan x faham sgt isu halal ni. asal bukan daging khinzir diingatkan halal. Alhamdulillah, puan dahlia dapat seorang suami yang selalu mengingatkan tentang makan halal haram... :')

kalau still blur lagi, daging halal maknanya daging disembelih hingga putus urat nadi/kerongkongnya dengan kalimah Bismillah la... bukan daging katok2.. or daging cucuk2. :p

ok lah bai.

oh ye, kalau nak tahu puan dahlia buat masak apa daging2 ni, jenguk2 la blog lagi satu. (dapur la konon. sangat) heh.  kot2 la puan dahlia rajin update resepi. :p
ok bai

Sunday 21 July 2013

Entry ketiga, 2013.

Assalamualaikum.

Hai.

Tujuh bulan berlalu, hari ni tiba2 muncul pulak entry baru. 

Ada tak yang tertunggu2? heh.

bukan apa la kan... sejak2 puan dahlia dah mula berjinak2 dengan instagram, terus rasa malas nak update blog. semua cerita tru photos je la konon. 

harini rasa terbuka pula nak menaip sikit, jeguk2, sambil touch up sikit mana yang patut.

Kalau ada yang masih tak tahu, sekarang puan dahlia dan suami tercinta menetap di Perth. sejak December tahun lepas. tinggal lah Gold Coast dan bau harum apartment kami di Surfers Paradise. sekarang kami berteduh dan bercinta di bawah bumbung villa comel belakang golf course Joondalup, Perth. 

dulu masa belum dapat rumah kediaman dekat perth ni bukan main hati ni berazam nak ber-blogging like everyday kan? dusta semua tu! haha dah malas tu malas la jgk. instagram je hari2, sampai password blogspot pun almost terlupa. heee

oklah terlajak sudah berblogging harini, puan dahlia cerita la sikit pengalaman hidup di Perth, beza dengan pengalaman di Gold Coast before ni. Alhamdulillah... puan dahlia bersyukur sangat2 dianugerahkan kehidupan sekarang. ada peluang merasa duduk oversea, lepas tu husband selalu di sisi :')

Masa di Gold Coast dulu, kediaman kami betul2 di tgh bandar yang agak pesat. walaupun view laut dan jarak ke pantai hanya jalan kaki x sampai lima  minit, tapi Surfers Paradise memang tak pernahnya tak ramai orang. Ada je aktiviti2 manusia kat situ siang malam pagi petang. meriah je rasa setiap hari setiap waktu,

Sekarang, di Perth. Sejak december lalu. bunyi2 bising dan riuh tu dah tak ada lagi dah. Sangat tenang kat sini. The best part is, ada banyak kangaroo pulak tu kat belakang rumah. ha... percaya lah jgn x percaya. Husband dan kangaroo dah mcm buddies, kalau terserempak pun boleh buat dunno je kangaroo tu. rilex je dia melepak tepi green tgk husband pukul bola. hee

seronok berjemur nampak?

pictures taken by my hubby.



Eh ini dan jadi entry kangaroo lah pulak kan. haha ok ni lah salah satu keseronokan tinggal kat sini. dapat jumpa wild kangaroo. haha keseronokan lain2 nanti puan dahlia buat entry lain la ye, nak selit gambar sekali la sikit. :p

oh ye, sekarang ni musim sejuk. Winter. Ya Allah walaupun maximum sejuk hanya sampai 3-4 darjah celcius, tapi puan dahlia rasa hanya takat tu je la puan dahlia mampu. itupun x dapat tahan. pakai baju tiga empat lapis, seluar pun tiga empat lapis. husband kata ini baru perth, kalau winter dekat uk,us,japan dan lain2 tempat bersalji tu agaknya puan dahlia menangis nak balik. haha yelah sejuk aircond kat malaysia pun puan dahlia x tahan inikan winter. -_-"

kebanyakan masa puan dahlia duduk tepi heater je semenjak musim sejuk ni. kalau masak kat dapur, tangan sampai kebas bila kena basuh pinggan, basuh ayam, basuh ikan dan lain2... tapi inilah dugaan. Alhamdulillah, walaupun sejuk tapi belum lagi sakit2 ke, x larat bangun ke, kan? so jangan nak merungut sangat puan dahlia ye?

mcm ni la contoh duduk dalam rumah.
al maklum, heater rumah ni owner nya x install,
heater kami pasang kat bilik tidur je.
kat depan nak tgk tv kena la pakai tebal2. heee
abaikan muka busuk. mmg dari azali muka busuk mcm tu.
-_-'

sepatutnya bulan puasa ni, kot la nak update pasal puasa di perth ye dak? haha tu nanti2 la kalau rajin puan dahlia buat entry pasal puasa waktu musim sejuk. ok? no promises la tapi. :p

buat masa ni, puan dahlia rasa cukup dulu sbb, idea da tersekat. tiba2 kepala otak terfokus dekat menu masakan utk bersahur nanti. haha la lagi satu lupa nak mention... dari haritu puan dahlia kata nak buat entry resepi kan? pun propa. da malas da kan? bila tahun nak buat x tahu la. tunggu dan lihat je la. kot2 satu hari nanti muncul entry resepi, mood rajin menerjah la tu.

ok, selamat berpuasa semua orang. bye. Assalamualaikum. :)

nota berkaki: next entry nak cerita pasal beli ayam. doa2kanlah x lupa! 


Monday 21 January 2013

Updated from iphone

Haaa tu dia. Gian nak berblog. Lolz pastu puan dahlia install app ni kat iphone. Tapi x syok la update. X seghairah dapat tekan keyboard lappy tu dgn penuh perasaan. Jari yang gemuk ni plak asyik salah tekan key je. Ololol cian puan dahlia... bahaha nak sgt hamek...

Ok cukup2 merungut. Mari masuk topik yang puan dahlia nak kongsi kali ini. :p korang pernah rasa rindu x? Haha soklan x cukup relevan kan. Sapa lah yang x pernah rindu2an. Mestilah semua org pernah experience perasaan yang gedik dan bernama rindu itu. Tapi kan tapi kan korang tahu x merindukan lelaki yang bergelar suami kita itu adalah perasaan terindah yang tiada tandingan. Sapa2 yang dah kawen mesti faham apa yang puan dahlia maksudkan. Setuju x?

Kisah hati puan dahlia dgn perasaan bernama rindu ni~~ hee puan dahlia rasa rindu sgt kat hubby today sbb tu la munculnya entry ni. Sebenarnya da banyak kali rasa rindu gini tapi hari ni baru tergerak hati nak meluahkan di blog usang ni... Ececece

Pagi2 puan dahlia anta hubby depan pintu. Lepas cium2 peluk2 hubby pun pergi la kerja... Selepas sepuluh minit dia pergi, dang!!! Rasa rindu. Menggedik betul bunyinya. Hahaha tapi inilah hakikat. And takda salahnya sebab dia suami puan dahlia bukan orang lain. Pada siapa lagi rindu tu nak dituju kalau bukan pada dia yang selayaknya dirindunya isterinya. Ececece lagi. Muntah hijau org baca... Haha

Ok cukup cukup. Rasanya org da cukup faham puan dahlia oi. Hehe dulu masa berkawan dgn hubby ada gak rasa rindu2 tu tapi x sedalam and sehebat rindu lepas kawen ni. Oh mak ai ayat kau bukan main bombastik utk sebuah blog picisan. Kemain...kemain...

Oh ye skang plak hubby selalu busy dgn training. So selalu balik lewat. So dia lunch pun lambat... Cian dia. Da la rindu kat dia pastu kesian kat dia. Mana la hati ni x bertambah syg. Alhamdulillah... Gedik la puan dahlia ni. Semoga perasaan ini berkekalan hendaknyaaa... Amin...

Ya Allah penatnya taip dgn touch keyboard ni. Da la kecik2. Huhu oklah janji hadooo... Oklah sini dulu. Eh lagi satu kawan2 yg da bergelar isteri2 tu kalau nak share feeling korang pengalaman korang moh la kita berkongsi2 di ruangan komen fb/entry ni... Sampai sini dulu. Salam rindu utk semua babai!!

Wednesday 2 January 2013

entry pertama 2013

fuh...fuh... (tiup habuk kat blog) uhuk2... batuk sikit. haha chak! selamat tahun baru u ols...

dung dang dung dang dah masuk tahun baru pun. x sempat nak buat entry terakhir 2012. eheee... sebab tgh bz ber-honeymoon la sgt. lol

berapa lama mahu honeymoon la.. gedik btol. hehe actually puan dahlia and hubby busy sebab berpindah dari gold coast to perth. ada kerja hubby perlu lakukan di sini so puan dahlia sebagai isteri ikut je ke mana hubby pergi. 

sambil mencari2 kediaman utk didiami, sambil kami makan angin la jgk. kebetulan pindah musim cuti tahun baru ni so memang heaven la sgt holiday sambil menyelam minum air ni.. sebab sale kiri kanan depan belakang! hehehe

oh ye dan sepanjang percutian ni puan dahlia pun tidak la dapat memasak. makan luar hari2 la takat ni. hubby bagi cuti lama ni. lalala. makanya tiada la resepi utk dikongsi. tapi ni byk juga pending request entry berresepi ni. lol. maybe bila puan dahlia dah settle dgn barang2 rumah baru nnt baru la bolehnya berblogging sakan lagi dengan resepi. 

skang ni puan dahlia curi2 berblogging kat hotel. lol. oklah nak bebel byk2 pun tiba2 idea tepu. sebelum connect wifi tadi rasa mcm byk nak taip. hahahampeh btol. pastu nak upload gambar holiday pun xleh ler sebab teramat lah slow mcm siput intenet hotel ni. pppffttttt satu ni lah yg puan dahlia upload penuh sabar. selamat tahun baru semorang... :)