Monday, 21 January 2013

Updated from iphone

Haaa tu dia. Gian nak berblog. Lolz pastu puan dahlia install app ni kat iphone. Tapi x syok la update. X seghairah dapat tekan keyboard lappy tu dgn penuh perasaan. Jari yang gemuk ni plak asyik salah tekan key je. Ololol cian puan dahlia... bahaha nak sgt hamek...

Ok cukup2 merungut. Mari masuk topik yang puan dahlia nak kongsi kali ini. :p korang pernah rasa rindu x? Haha soklan x cukup relevan kan. Sapa lah yang x pernah rindu2an. Mestilah semua org pernah experience perasaan yang gedik dan bernama rindu itu. Tapi kan tapi kan korang tahu x merindukan lelaki yang bergelar suami kita itu adalah perasaan terindah yang tiada tandingan. Sapa2 yang dah kawen mesti faham apa yang puan dahlia maksudkan. Setuju x?

Kisah hati puan dahlia dgn perasaan bernama rindu ni~~ hee puan dahlia rasa rindu sgt kat hubby today sbb tu la munculnya entry ni. Sebenarnya da banyak kali rasa rindu gini tapi hari ni baru tergerak hati nak meluahkan di blog usang ni... Ececece

Pagi2 puan dahlia anta hubby depan pintu. Lepas cium2 peluk2 hubby pun pergi la kerja... Selepas sepuluh minit dia pergi, dang!!! Rasa rindu. Menggedik betul bunyinya. Hahaha tapi inilah hakikat. And takda salahnya sebab dia suami puan dahlia bukan orang lain. Pada siapa lagi rindu tu nak dituju kalau bukan pada dia yang selayaknya dirindunya isterinya. Ececece lagi. Muntah hijau org baca... Haha

Ok cukup cukup. Rasanya org da cukup faham puan dahlia oi. Hehe dulu masa berkawan dgn hubby ada gak rasa rindu2 tu tapi x sedalam and sehebat rindu lepas kawen ni. Oh mak ai ayat kau bukan main bombastik utk sebuah blog picisan. Kemain...kemain...

Oh ye skang plak hubby selalu busy dgn training. So selalu balik lewat. So dia lunch pun lambat... Cian dia. Da la rindu kat dia pastu kesian kat dia. Mana la hati ni x bertambah syg. Alhamdulillah... Gedik la puan dahlia ni. Semoga perasaan ini berkekalan hendaknyaaa... Amin...

Ya Allah penatnya taip dgn touch keyboard ni. Da la kecik2. Huhu oklah janji hadooo... Oklah sini dulu. Eh lagi satu kawan2 yg da bergelar isteri2 tu kalau nak share feeling korang pengalaman korang moh la kita berkongsi2 di ruangan komen fb/entry ni... Sampai sini dulu. Salam rindu utk semua babai!!

No comments:

Post a Comment