Saturday 28 September 2013

Setahun.

Alhamdulillah... harini, 28 september 2013, genap setahun Puan Dahlia pegang title Puan ni. hehehe. setahun yang lalu lepas asar hari jumaat, 12 Zulkaedah 1434. Puan Dahlia dan encik suami dinikahkan di Grand Dorset Subang, Selangor dengan berwalikan ayanda Puan Dahlia. :')

cepat betul masa berlalu. macam baru bulan lepas je dapat suami... hehehe bak kata husband puan Dahlia, 'dung dang dung dang, dah setahun dah kan!"

Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama suamiku. semoga kita dapat tempuh tahun2 seterusnya dengan lebih kuat dan penuh gedik2 cinta kita. :p

oh ye cakap pasal gedik, manalah orang tak igt kami ni pakwe-makwe. xde rupa laki bini ker kan? heh. harini husband bawak dating manis2. haish mcm mana nak describe ntah dating manis tu... sebab puan dahlia je dapat rasa rencah rasa perasaan tu bila berdua harini. :') tq Allah for such a great feeling!

hari dimulakan dengan surprise dari husband, 12 kuntum bunga ros merah menyala! dia kononnya nak pergi praktis macam biasa pagi tadi, rupanya keluar pergi beli bunga! puan dahlia tanya dia, kenapa 12? jawab dia... 'for the 12 months that we have been trough together'. ewah! mcm gitulah kan. next year 12 kuntum lagi la kan.? insyaAllah...amin... 


merah menyala! terharu la la kakak! igtkan dah berhenti nak beli2 bunga2 utk isteri gedik dia ni... rupanya Husband masih lelaki yang sama... syukur ya Allah. 

harini kitorang pergi dating dekat Extreme Ice Arena! Apebenda tu? hikhik... ice skating! memandangkan Puan Dahlia dengan tergolek ni berpisah tiada, bagai isi dengan kuku, maka memang wajibla tergolek lebih dari sepuluh kali. sampai da kebal rasa pinggul! hahahaha

Puan Dahlia tak pernah ber-ice skating dengan suami before ni... bah kan, tak pernah ber-ice skating dating dengan siapa2 pun la kan. so rasa sgt sweet dan romantik la bila husband pimpin2 tgn dalam tu nak ajar kita meluncur... ^_^

gambar sikit2 je amek... sbb x reti sgt bergambar elok2 ni.. semua terserlah rupa excited terlebih tu. nyampah betul dengan kamera ni tau. hihihi


kan dah cakap, makcik ni tak reti nak control air muka.
bila excited, nampak benor excited la. 
pastu bila happy nampak la sengih kerang tu. lol. is that me? haish.
istilah photogenic dgn puan dahlia mmg bagai langit dgn bumi la...

ni muka control balance. get ready to tergolek anytime.
bila nampak husband tgh pegang phone nak amek gambo,
control balance je, expression muka xyah control! :p

konon je ni.
x sampai seminit pastu tergolek jgk. heh

dan sebab dating berdua, konsep bergambar adalah:
i ambil gambar u, u ambil gambar i.
kalau nak gambar berdua, kita kena camwhoring mcm ni.
hahahahahaha

lepas dah puas men-tergolekkan diri kat situ, pergi jalan2 pimpin2 tangan kat Kings Park pulak. I guess Spring belum betul2 sampai so bunga x berapa nak meriah. itupun dah cantik sgt! rasa nak terjun dalam semak2 bunga tu! huhuhu

pun jugak, puan dahlia x reti nak bergambo... layan je la gambo mengarut ni.. :p


konon nak try to look photogenic, tapi mcm biasa la... i ni photogedik. bluek!






tgh melompat kegirangan agaknya time ni. excited tgk view cantik sgt.
Lepas dah lenguh kaki berjalan dan bergedik, husband offer "nak san churro's macarons x?" aaaa apa lagi mestila nak! gila xmahu, sedap nak mampus san churro punya macaron. :') kali ni plak siap di offer lagi. selalu merayu mintak macarons! lol. sebab makanan ni sgt la x bagus utk saya yang malas bersenam ni. and plus, sangat la manisssss....not good not good. tapi sbb bini dia happy sgt makan natang tu, dia pergi beli juga! 


terima kasih cinta! harini hati saya berlonjak girang!! 
hari2 pun riang jugak tapi harini extra riang sbb x sangka dah setahun kita berkepit hari-hari! heee

jom berkepit lagi bertahun2 ok! <3

I LOVE U.

No comments:

Post a Comment