Friday, 2 August 2013

satu lagi rahsia Allah.

....sayu sikit rasa nak taip entry ni....sekadar luahan rasa hati kakak je.

satu hari... scroll2 instagram... tgk gambar kawan update, pregnancy ultrasound. *senyum. tapi, dalam hati rasa cemburu. 'bila pulak giliran aku?' 

satu hari... chat2 dgn kawan.. kawan bgtahu dia dah pregnant 10 minggu. *happy for her. tapi, dalam hati rasa iri... 'kenapa bukan aku?'

tak apalah..belum rezeki. hubby kata, 'rilex la.. kita kan still pengantin baru'

ah betullah. buat apa nak cemburu. rezeki masing2kan lain-lain... :)

esok kawan tanya, "dah berisi ke?"... *senyum sambil jawab... 'belum rezeki...'

esok, kawan tanya lagi, "dah pregnant ke?" *senyum sambil jawab... 'belum rezeki'.

esok lagi, kawan tanya lagi. "bila nak dapat baby ni?" 

...

ah hati mula terusik. emosi pulak kite. seolah mereka ingat baby tu boleh di-order mcm order teh tarik. 

sepuluh bulan. bulan 9 ni, insyaAllah genap setahun. awal lagi kan? ramai yang cakap awal lagi. masih pengantin baru. buat apa nak risau2? 

tapi yela... hati perempuan mana tidak terdetik rasa mahu. 
hati perempuan mana yang tak terusik rasa malu. 

bila ada suara bertanya "bila nak dapat baby?"

BILA? kenapa harus ditanya, BILA? mcm boleh je kalau aku jawab. esok. atau lusa. atau tahun depan?

pada akukah jawapannya?

ye, memang sentap. emosi. semua ada. tapi buat apa dilayan rasa yang tak perlu itu bila apa yang Allah bagi pada aku skang lebih cukup dari segalanya,

suami yang sempurna dari pandangan mata. sempurna dari belaian jiwa. (ewah, kemain)

tapi itulah yang sesungguhnya. 

hubby kata... "Allah tak bagi sayang baby sekarang, sebab Allah nak bagi benda lain dulu. 
Allah bagi syg pengalaman duduk oversea. Allah bagi syg suami yang pemurah memberi. Allah bagi syg masa untuk asah skill syg sebagai seorang isteri yang sempurna."

apa yang aku mintak tak pernah suami kata 'tidak'. paling busuk pun suami kata 'tunggu dulu'. tup tup x lama tunggu, benda yang diminta ada depan mata. bukan ke rezeki namanya tu? :')

cuma nak mintak anak, bukan kerja suami untuk mewujudkan. suami da beri apa yang patut diberi. dah kasi apa yang patut dikasi.

kewujudan anak itu hanya pada tangan takdir. siapa lah aku untuk persoal takdir kan?

siapa tak mahu anak. siapa tak mahu cahaya mata buah cinta dari seorang lelaki bergelar suami.

aku manusia biasa juga, aku perempuan biasa jugak. jngan tanya bila please... sebab jawapan tu bukan pada aku, yang hanya ada pada aku... harapan, doa, usaha dan penantian.

ye, aku faham... xda siapa pun yang ada niat nak buat aku sentap apa. itu semua pilihan aku sendiri. aku faham... soalan2 tu memang typical dan lazim dituju utk pasangan yang dah berkawen.

cuma memag aku yang emosi. lebih beremosi bila ditujah soalan2 yang aku sendiri penat nak menjawab.

tambah emosi bila kawan2 yang kawen kemudian da bilang hari nak bergelar mummy and daddy. 

tapi, siapa aku untuk pertikaikan adilnya hukum alam?

cukup adil bagi aku bila Allah hadiahkan aku seorang suami. cukup adil dan misteri. Rahsia Allah yang cukup besar. menemukan aku dengan tulang rusukku dengan tanpa perasaan ragu dan keliru. Zas..aku jadi isteri dia, suamiku yang Allah sorokkan kewujudannya dari pengetahuanku, selama 23 tahun aku berjalan atas bumiNya.

Rahsia Allah masih rahsia. bila dan bagaimana cahaya mata ku hadir nanti, masih rahsia. bukan aku yang memegang jawapan. bukan suamiku bukan mak bidan bukan doktor, bukan pakar. semua tu hanya Allah yang tahu. bila Allah kata tiba masanya, maka iyalah... dan kalau masih belum , siapalah aku untuk terus bertanya dan bertanya.

kalau jauh mana pun aku merancang perjalanan kemahuan dan keperluan aku, hak aku jugakkah untuk menentukan bila nafas aku terhenti? bila harapanku termati?

semua tu kan, rahsia Allah?



6 comments:

  1. Hye dear. Sayup bace cebisan hati kamoo. Yunk. Sy mmg admire kamoo
    Kamoo makin kuat sekarang. Syukur kamoo di anugerah kan seorang suami yg sgt menyayangi kamoo dan terima seadanya kamoo dan takdir.

    Yunk. Kite kene sentiasa engat, perancngan terbaik, adalah perancngan dr Allah. Allah kan syg semua hambanya. Xmungkin Dia nak bagi kita derita kan :) sy engaykan utk diri sy jgk. Yink. Sy syg kmoo. Rindu kamoo yunk. Sy nak pelok kamoo sekarang.
    Jge dri leklok. Kim salam zarin :)

    Salam syg,
    Omey Yana.

    ReplyDelete
  2. an pon syg kamoo.. tp an xleh pelok kamoo.. heeee.. n ramai lg yg syg kamoo.. soal rezeki ni sume keje Allah kite leh usehe aje.. yg plg pentg skrg jage baek2 yg memang dah ade dpn mate 2.. semoga tulang rusuk yg tlh bersatu untuk slg lengkap melengkapi akan terus kekal n xkan terpisah buat selama2nya.. dan bahagia hingga ke syurga..

    jage diri leklok k... kim slm zarin...

    p/s kamoo makin cumel.... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin ya rabbal al amin... tq angah :)

      Delete
  3. uit! Allah xbg lagi pasti ada hikmahnya... Ala, kalau dh ade ank sorg pn, org akn tanya lagi, 'bila nk tambah?' nnt anak dh khwin, tnya lg 'bila nk ada cucu?' the question will be on and on and on and on and..................
    Biakan je dorang.. lepas ni rakam jawapan siap2 'belum lg, Allah nk bg honeymoon ngn husband dlu.. :)' baru setahun, org lain yg dh 7,8 tahun khwin pn belum ada rezeki lagi.. yg penting kite usaha & dont give up on Allah.. Dia takkan bagi apa yg kte mintak tp Dia akan bg apa yg kite perlu.. Remember this k.... B strong.. Nk jdi mama kne kuat! So, kne practice dr skrg! t.care dear!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak anniz... tq :) betul. that's why tiya pujuk hati supaya sabar. memekakkan telinga memang tugas lazim kita as perempuan. soalan dan soalan memang xkan pernah basi dek melayu2 typical ni. betul, ramai lagi yang tunggu bertahun2 lebih lama. i will maybe one of them. kami yang diuji dengan cara begini kdg2 cuma ada hati yg kecil. insyaAllah, i will be strong... tq mama Aish! :)

      Delete