Monday 16 February 2015

26

Ehem. Assalamualaikum…

Rasa tua pulak dah lebih suku abad umur ni. Alhamdulillah dah berpangkat ibu. This year celebrate birthday bertiga. Seronok tak terkata walaupun tak ada kek tingkat2 or party meriah2 or kawan ramai2 or bunyi bising2 or makan mahal2, tapi duduk melepet tiga beranak atas katil cukup seronok sangat2 dah! Nurie Camellia plak skang dah pandai gelak2 bila diagah. Memang kalau duk agah2 dia skang benda lain dah tak dikisah dah. heee

Hubby tetap buat surprise kecil2 yang comel. hehe ntah bila masa dia bawak masuk kek and present tu ntah kite pun tak perasan. yelah masa sibuk duk belek2 anak agaknya memang perompak masuk umah bagi salam pun kita buat tak tahu agaknya :p 

masa tu Puan dahlia tak perasan nak dekat pukul 12 so mmg tak masuk kepala la husband nak wish ke nak peluk cium ke apa kan. dalam kepala duk ingat husband tengah basuh baju kat belakang. (sebab dia kata dia nak basuh baju. kononla) kite pun gatal kaki nak masuk dapur nak tengok dia basuh baju la konon... pastu kantoi nampak dia tengah nak nyalakan lilin kat kek. hahaha bengang dia sebab surprise tak jadi. lol. 

"penyibuk la syg ni… masuk dapur kenapa?" seloroh dia kecewa surprise x menjadi. haha nasib la dapat bini penyibuk, awak nak plan surprise dalam rumah tu memang susah la.. :p terus dia suruh kita pergi dudk depan and dia pun menyanyi lagu happy birthday bawak kek comel tu. Puan Dahlia pulak tengah dukung anak sambil tersipu2. :p

Anak tak mahu lepas mummy (sebenarnya mummy yang tak mahu lepas anak. hiks)
Sama2 makan kek sambil beromantika dengan anak tersepit di tengah2. kahkahkah. 

Lepas dah rasa cukuplah untuk hari ini, kitorang semua masuk bilik dah ready untuk tidur. Nurie sekarang memang bed-in dengan mummy daddy. tp bukan tengah2 la takut kena penyet dengan daddy yang tidur mati sokmo. :p letak dia belah kanan so mummy sekarang heavenly tidur peluk tukar ganti, pusing kanan peluk baby pusing kiri peluk laki. hiks. 

selalu Puan Dahlia mesti terlupa nak sediakan handkerchief baby untuk standby tepi tapi malam tu tak lupa. awal2 dah sediakan semua. 

Husband tetiba cakap "pergi ambik handkerchief baby kat bilik sana". (Bilik seberang hall sebab jemur baju2 baby kat situ) 

"Ni dah ambik la." Puan Dahlia bangganya tunjuk handkey tu nak tunjuk this time kite tak lupa la… dah siapkan dah… lepas tu hubby gelak. dah kenapa?

"pergi je la bilik sana ambik apa2." sambil gelak2 apa yang kelakar sangat ntah. dalam hati dah syak mesti ada hadiah birthday ni. haha tanpa melawan perintah (cewah) kite pun turun la dari katil nak ke bilik sebelah, keluar je pintu nampak ini dekat tangah2 hallway : 
tersergam sipu2 tengah2 jalan tu. :p 
Yang ni memang betul2 surprise la sebab tak sangka dapat handbag LAGI. sedangkan dia sendiri kata no more handbag sebab dah banyak sgt. tapi yelakan dia jugak supporter utama dalam hobi mengumpul handbag bini dia ni. :") haha isi dalam nanti Puan Dahlia tunjuk lain entry la kalau rajin. :p 

lepas tu tak habis2 say sorry sebab tak tahu nak bagi apa. Puan Dahlia dah lama tak beli handbag sebab tu handbag je la dia terfikir. haha sweet sangat ke apa ni. actually I tak kisah la. I tak harapkan apa2 pun sebab anak kita adalah hadiah paling tak ternilai. takda hadiah yang boleh lawan kehadiran Nurie Camellia. She is the best gift ever! 

And sebenar2nya hari lahir ni Puan dahlia selalu fikir bukan Puan Dahlia yang patut diraikan. yang patut diraikan is mak Puan Dahlia. sebab 26 tahun yang lalu, mak yang bertarung nyawa nak melahirkan Puan Dahlia ke dunia. Pengorbanan yang tak ada apa2 boleh membalasnya. Terima kasih tak terhingga mak… sampai bila2 pun takkan terbalas pengorbanan mak melahirkan hawa. menjaga, mendidik, menyanyangi… hadiah mak menyusul nanti ye. hehe

Bila kita jaga anak kita sendiri baru kita rasa serba sikit kesusahan mak dulu jaga kita masa kita kecik2. 
:)



No comments:

Post a Comment