Saturday 27 October 2012

Salam Aidil Adha dari perantauan

hye...selamat hari raya haji u ols... pending entry. raya haji semalam... baru nak update. hehehe. tahun ni pertama kali beraya haji di perantauan. seronok beraya haji bersama dgn suami dan kawan2 baru...

apa puan dahlia buat raya haji ni? meh nak cerita. pagi2 raya kami berdua bgn pukul 5.30 pagi (matahari dah terang bederang dah pun) dan mandi2 and bersiap menuju ke masjid berdekatan yg terletak di South Port kalau x silap. menunaikan solat sunat aidiladha bersama muslim2 yg berada di gold coast ni.

kami bukan berdua je... kami bersama dua lagi kawan hubby yang sorang benama Jas (lelaki) and sorang lagi namanya amalina (gugurl loh).... nasib baik ada teman... hehe nasib baiklah dapat kawan yg pandai berborak. kalau harapkan puan dahlia yang bukak mulut dulu, memang xla... puan dahlia ni pemalu tahi kucing... lol

puan dahlia lupa nak snap gambar suasana kat masjid. actually bukan lupa tapi segan nak keluarkan kamera. haha. so puan dahlia capture kenangan kat situ dalam minda je. ececececeh!

selepas solat raya, amalina ajak pergi rumah terbuka rumah Kak Wati, kenalan dia. ikutkan aje la... nak jugak makan makanan hari raya kan. hehehe. and bila sampai rumah kakak tu, i feel like home. ramai jugak rupanya malaysian... semua friendly. makanan sedap2. masa sampai tu dorang tgh merewang2 memasak di dapur. so kami pun ringan2kan la tangan tolong apa yang patut.. itu dah semestinya kan.

borak2 and borak2, makcik2 akak2 ni of coz la tnya, kat aussie ni study ke, watpa duk katna bla bla bla. and bila puan dahlia bgtahu puan dahlia ikut husband... baru tiga minggu kawen maka berita itu disambut dengan kegembiraan. haha over ayat org tua nih... dorang semua congrates la... siap panggil puan dahlia pengantin baru. lol

ni gambar2 kat umah kakak tu... seronok! x ingat plak yg sebenarnya baru kenal je dorang ni semua!




 *abaikan muka puan dahlia yang mcm orang tgh berpantang tu.


 * eh2... nak jugak menyelit dalam camera. haha

 *kawan baru... from left Kristine, puan dahlia, balqis and amalina.


 kali kedua baru perasan puan dahlia x pegang makanan sebab makanan dah habis, makan sikit la katakan control2 ayu... so action je pegang gelas tu. lol dan entah kenapa buat muka arnab...


 *tray yg kosong tu sebab makanan ada yg belum sampai... hehe

 lemang tu lawa betul. sebab puan dahlia yg potong2. kahkahkah


 inlah amalina. puan dahlia. husband puan dahlia. jas

 * pengantin baru katanya....



comel budak ni!!!

and lepas dua jam duduk makan berbual,,, kami pun balik... puan dahlia kena buat kuih pulak utk bawak buah tangan ke rumah kakak ipar malamnya pulak... makan2 hari raya lagi.

lepas hari dah gelap.kami ke rumah kakak ipar puan dahlia pulak. kakak ipar buat nasi beriani.



 husband takda dalam gambar ni kerana dia menjadi jurukameranya.. hehehe~~~
puan dahlia makan bertambah tau. husband senyum2 je tgk... bini dia makan byk! sedap kak rini masak. mahu x tambah. plus, masa makan pagi tadi makan sikit je kontrol2... kat depan kakak ipar tak yah kontrol la... makan je la... hehehe


 Zain. anak buah yg sangat comel ni...
 malam raya ni zain jadi friendly sesangat. loving sesangat. geram rasa nak kunyah2!! bila zain happy sangat main dengan puan dahlia, rasa mcm x sabar nak anak sendiri. lol. gatal

oh my god... bila balik, puan dahlia bisik kat husband. "Zain dah bg hint" lol. husband senyum gatal puan dahlia jeling double gatal. kekeke.

and satu lagi excitement penutup hari raya... bila puan dahlia dah dapat iphone 5! :') tq hubby...

tara!!!! hari ini penuh kegembiraan... alhamdulillah...



No comments:

Post a Comment