Sunday 21 October 2012

blueberry muffin

selamat petang kamu semua. yeay! puan dahlia dah dpt charger so dah boleh snap2 gambar and poyo2 mengentry dgn gambar yang di snap2. :p

semalam puan dahlia baked blueberry muffin-husband's favorite muffin. muffin yg bukan blueberry dia x minat katanya. so dah dapat fresh blueberry maka wife yg busy di dapur ini buatlah blueberry muffin yg lazat la jugak... not bad for the first try. kekeke

actually konon2 puan dahlia nak buat baking video. tapi tripod pulak ditinggalkan di key el. semua benda nak tinggal. takkan semua benda nak kena beli baru. tokey balak pun bankrap mcm ni. lol. maka puan dahlia snap gamba before the muffin goes into the oven and after the oven!


ini dia! yg hitam2 timbul2 tu blueberry ye adik2. yg mana cup x nampak timbul2 tu saja puan dahlia buat kosong sebab nak rasa apa rasa kalau xda blueberrynyer...

ok, nak resepi tak? boleh... ammek pen n kertas salin ni:-

bahan2 yg diperlukan ialah:-

1) dua cawan tepung (puan dahlia guna plain flour sahaja)
2) satu sudu kecik baking powder (kalau korang gun atepung naik sendiri x payah baking powder pun boley)
3) satu cawan gula halus
4) 50 gram butter (dicairkan terlebih dahulu)
5) satu sudu kecik vanilla essence 
6) 2 biji telur
7) satu gelas susu segar (dlm 300ml)
8) fresh blueberry

ok utk sukatan, terpulang pada korang. kalau guna cawan, satu cawan gula, means dua cawan tepung tu guna cawan yg sama. faham x? hehe

mula2 korang tapis dulu tepung. and sebatikan tepung, baking powder and gula dalam satu mangkuk. 

dalam mangkuk yang lain, pecahkan dua biji telur.  pukul telur hingga kembang. pastu masukkan  butter yang dah cairkan terlebih dahulu tadi. masukkan essence vannila. kacau lagi and then masukkan susu. kacau perlahan then masukkan tepung yg tercampur dgn gula n baking powder tadi sikit2. 

korang boleh tengok kelikatan bancuhan tu bila masukkan tepung, jgn cair sgt, jgn keras sampai jadi doh pulak. bila korang dah kacau sampai puas hati baru masukkan bluberry. 

masukkan dalam acuan. bakar dalam suhu panas 150 darjah celcius selama 45 minit. semua oven x sama tau so korang tgk2 la muffin korang tu bila dah jadi golden colour and cucuk2 dlm dia tgk dah masak, so boleh la angkat, 

puan dahlia punya blueberry muffin inilah hasilnya!


taraa!!! inilah dia. husband suka benar lah makan ni. comel je katanya. lol.

siap pagi tadi before kuar umah mintak tapaukan sikit nak bawak makan kat golf course sambil tunggu2 katanya. hehehe,



ok, selamat dah masuk perut kami. kamu kamu boleh cuba pulak. oh ya kalau blueberry tu korang nak ganti dengan kismis, dried cherry, strawberry ke pun boleh... xde hal.... selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment