Wednesday, 24 July 2013

Rasa Halal Perth

Assalamualaikum.

Hai.

amacam tajuk entry? poyo tak? hahaha

sebenarnya, nak cerita pasal beli ayam je pun. ye, of course la ayam halal. walaupun duduk oversea, puan dahlia dan suami tidak memandang ringan isu daging halal ni. insyaAllah... kalau kat malaysia senang je nak beli ayam/daging kan, pergi je supermarket, dekat meat section insyaAllah ada byk ayam halal.

kat sini kalau pergi supermarket tu, beli sayur2, bahan kering and kadang2 beli seafood aje. kalau nak cari barang2 masakan melayu pula puan dahlia pergi asian grocery kat sini, byk jugak malaysian product jual kat asian grocery tu tapi budu je non-ado. :( sedih!

seminggu atau dua minggu sekali kami akan drive ke Balcatta utk beli ayam. tu kedai ayam halal paling dekat dengan kawasan rumah. 20-25 minutes drive jugak la. kira jauh la kalau nak pergi selalu sebabnya kalau kat kl, nak beli lauk, paling jauh pun drive lima minit je! heh

ni ler kedai ayam/daging kami kat perth ni. Ismail Butcher namanya. Pak Mail ok. heh

nak amek gambo daging ada hubby lak interframe


hubby da out-frame, pakcik salleh ni lak interframe

ha ni da xda sapa nak interframe. daging2 yang fresh aje posing sakan! oh ye, ni daging je sebab ayamnya kat sebelah sana, lupa nak capture, lebih tertarik dgn wajah2 daging2 yang merah2 ni. hehehe
cakap pasal daging, saje nak kabo Australian beef memang so far x pernah lagi mengecewakan. memang manis and x liat u all! Alhamdulillah... so kalau kami pergi beli daging, ayam. kami akan beli utk stock seminggu. so xyahla nak kena dtg selalu. kan?kan? lepas tu daging2 ni kalau simpan seminggu pun Alhamdulillah x rosak.

ok tetiba buat entry daging kan? haha sajalah nak ingatkan sesama sendiri... sebab rupanya ada lagi yang leka dan x faham sgt isu halal ni. asal bukan daging khinzir diingatkan halal. Alhamdulillah, puan dahlia dapat seorang suami yang selalu mengingatkan tentang makan halal haram... :')

kalau still blur lagi, daging halal maknanya daging disembelih hingga putus urat nadi/kerongkongnya dengan kalimah Bismillah la... bukan daging katok2.. or daging cucuk2. :p

ok lah bai.

oh ye, kalau nak tahu puan dahlia buat masak apa daging2 ni, jenguk2 la blog lagi satu. (dapur la konon. sangat) heh.  kot2 la puan dahlia rajin update resepi. :p
ok bai

Sunday, 21 July 2013

Entry ketiga, 2013.

Assalamualaikum.

Hai.

Tujuh bulan berlalu, hari ni tiba2 muncul pulak entry baru. 

Ada tak yang tertunggu2? heh.

bukan apa la kan... sejak2 puan dahlia dah mula berjinak2 dengan instagram, terus rasa malas nak update blog. semua cerita tru photos je la konon. 

harini rasa terbuka pula nak menaip sikit, jeguk2, sambil touch up sikit mana yang patut.

Kalau ada yang masih tak tahu, sekarang puan dahlia dan suami tercinta menetap di Perth. sejak December tahun lepas. tinggal lah Gold Coast dan bau harum apartment kami di Surfers Paradise. sekarang kami berteduh dan bercinta di bawah bumbung villa comel belakang golf course Joondalup, Perth. 

dulu masa belum dapat rumah kediaman dekat perth ni bukan main hati ni berazam nak ber-blogging like everyday kan? dusta semua tu! haha dah malas tu malas la jgk. instagram je hari2, sampai password blogspot pun almost terlupa. heee

oklah terlajak sudah berblogging harini, puan dahlia cerita la sikit pengalaman hidup di Perth, beza dengan pengalaman di Gold Coast before ni. Alhamdulillah... puan dahlia bersyukur sangat2 dianugerahkan kehidupan sekarang. ada peluang merasa duduk oversea, lepas tu husband selalu di sisi :')

Masa di Gold Coast dulu, kediaman kami betul2 di tgh bandar yang agak pesat. walaupun view laut dan jarak ke pantai hanya jalan kaki x sampai lima  minit, tapi Surfers Paradise memang tak pernahnya tak ramai orang. Ada je aktiviti2 manusia kat situ siang malam pagi petang. meriah je rasa setiap hari setiap waktu,

Sekarang, di Perth. Sejak december lalu. bunyi2 bising dan riuh tu dah tak ada lagi dah. Sangat tenang kat sini. The best part is, ada banyak kangaroo pulak tu kat belakang rumah. ha... percaya lah jgn x percaya. Husband dan kangaroo dah mcm buddies, kalau terserempak pun boleh buat dunno je kangaroo tu. rilex je dia melepak tepi green tgk husband pukul bola. hee

seronok berjemur nampak?

pictures taken by my hubby.



Eh ini dan jadi entry kangaroo lah pulak kan. haha ok ni lah salah satu keseronokan tinggal kat sini. dapat jumpa wild kangaroo. haha keseronokan lain2 nanti puan dahlia buat entry lain la ye, nak selit gambar sekali la sikit. :p

oh ye, sekarang ni musim sejuk. Winter. Ya Allah walaupun maximum sejuk hanya sampai 3-4 darjah celcius, tapi puan dahlia rasa hanya takat tu je la puan dahlia mampu. itupun x dapat tahan. pakai baju tiga empat lapis, seluar pun tiga empat lapis. husband kata ini baru perth, kalau winter dekat uk,us,japan dan lain2 tempat bersalji tu agaknya puan dahlia menangis nak balik. haha yelah sejuk aircond kat malaysia pun puan dahlia x tahan inikan winter. -_-"

kebanyakan masa puan dahlia duduk tepi heater je semenjak musim sejuk ni. kalau masak kat dapur, tangan sampai kebas bila kena basuh pinggan, basuh ayam, basuh ikan dan lain2... tapi inilah dugaan. Alhamdulillah, walaupun sejuk tapi belum lagi sakit2 ke, x larat bangun ke, kan? so jangan nak merungut sangat puan dahlia ye?

mcm ni la contoh duduk dalam rumah.
al maklum, heater rumah ni owner nya x install,
heater kami pasang kat bilik tidur je.
kat depan nak tgk tv kena la pakai tebal2. heee
abaikan muka busuk. mmg dari azali muka busuk mcm tu.
-_-'

sepatutnya bulan puasa ni, kot la nak update pasal puasa di perth ye dak? haha tu nanti2 la kalau rajin puan dahlia buat entry pasal puasa waktu musim sejuk. ok? no promises la tapi. :p

buat masa ni, puan dahlia rasa cukup dulu sbb, idea da tersekat. tiba2 kepala otak terfokus dekat menu masakan utk bersahur nanti. haha la lagi satu lupa nak mention... dari haritu puan dahlia kata nak buat entry resepi kan? pun propa. da malas da kan? bila tahun nak buat x tahu la. tunggu dan lihat je la. kot2 satu hari nanti muncul entry resepi, mood rajin menerjah la tu.

ok, selamat berpuasa semua orang. bye. Assalamualaikum. :)

nota berkaki: next entry nak cerita pasal beli ayam. doa2kanlah x lupa!