Wednesday 12 March 2014

Alhamdulillah masih bernafas...

Hi korang. koff koff.. excuse me, batuk pulak… ni mesti sbb berhabuk sangat da belog buruk ni. jap eh nak lap habuk.

*

Ok. Dah lap habuk. Nak berblog balik selepas tiga bulan x bukak langsung jeguk blog. Bukan sebab lupa password. Bukan sbb xda idea, tapi sebab sakit…sakit apa? Sakit malas. Tu je. :p

Ok ni nak cerita apa jadi tiga bulan lepas sampai malas sgt puan dahlia nak update blog. Naik menyampah orang yg stalk tiap kali dtg xda apa2 cerita. Oppsss sorry. Ni skang nak shortcut tiga bulan punya cerita. Baca laju2 ok.

Bulan november & december tahun lepas family puan dahlia dtg visit. lepas tu kawan husband (and his wife) dtg visit. So kitorang busy pergi berjalan. Update cuma la upload terus gamba di facebook saja. Malas nak bkk2 lappy bagai nak type story pergi mana pergi mana. Tapi nanti insyaAllah puan dahlia buat entry pasal tu yer. Ceritanya ada, menarik, tapinya nak tunggu rajin tu… hee InsyaAllah.

Lepas tu,start awal tahun haritu puan dahlia dan encik suami busy dengan urusan pindah rumah. Dari rumah sewa kitorang pindah rumah sendiri. Alhamdulillah. Packing, unpacking, keje2 mengelap, keje2 menyapu, keje2 mencari perabot dan macam2 lagi lah membuatkan puan dahlia x bernafsu nak bkk lappy.

Masuk bulan dua baru boleh duduk diam sikit nak kemas2 umah barula kononnya. Tapi duduk tak duduk dah busy kan diri fly to United State pulak. Lepas tiga minggu, balik malaysia, stay seminggu sebab adik puan dahlia kawen. Busy dengan kenduri, dung dang dung dang tiga hari lepas baru sampai Aussie. Baru leh baring2 bermalas2… fuh.. da lama rasanya x bermalas2. hehe

Ni duduk tak duduk ada la datang sikit rasa rajin nak update blog. Itupun lepas tersentap tadi dgn soalan sorang manusia ni. Niat nak update pasal tu tapi skang da hilang rasa sentap tu. Dilayankan perasaan sentap tu kang puan dahlia yg mati makan hati. kann… so abaikanlah.

Ni entry laju secara pintas lalu apa yg jadi sampai malas sgt nak update blog tu. Orang nak berblog dia pun nak jugak tapi malas update. gatal. macam biskut bak kata lawak basi. sekejap ada sekejap xda. :p

Oh ye anyway instagram pun puan dahlia dah delete. sebab malas nak layankan benda tu. selagi ada selagi tu nak upload gambar. menyampah lak dengan diri sendiri sebab asal masak je nak tunjuk asal masak je nak tunjuk. hahaha so puan dahlia amek langkah get rid of it.

tapi kan dalam diam2 puan dahlia ni rupanya ada jugak yang buat spekulasi sendiri yang puan dahlia dah diam sebab dah hidup x happy, kepala hotak dorang agaknya. heh. ada pulak yg ingat puan dahlia mengalami kemurungan sebab masih x beranak2 selepas setahun kawen. pehh hebat mak gayah buat kesimpulan. pfftt…

dengar2 sok sek sok sek la kan… ada jugak terdengar mcm tu. puan dahlia gelak aje. sakit hati tu memang la sakit tapi pikir balik dorang maybe sedapkan hati sendiri sebab tu buat statement mcm tu. :)
kesian.

ok la. InsyaAllah jumpa kita di entry lain pulak.





No comments:

Post a Comment